HALAMAN SANTAI

Sabtu, 29 Ogos 2015

Warga England sertai himpunan zahir sokongan

Oleh Ermizi Muhamad


KUALA LUMPUR Perhimpunan Bersih 4.0 bukan sahaja menarik penyertaan ribuan rakyat Malaysia, malah turut disertai oleh masyarakat antarabangsa.

Antaranya Ben Wilde seorang warganegara England turut hadir memeriahkan himpunan Bersih pada kali ini.
Ben yang ditemui Suara Keadilan berkata, beliau mula tiba di Kuala Lumpur sejak semalam memaklumkan kedatangannya ke negara ini semata-mata bagi menunjukkan tanda sokongan kepada rakyat di negara ini yang semakin tertekan dengan dasar-dasar yang dilaksanakan oleh kerajaan Umno Barisan Nasional.
IMG-20150829-WA0045
“Saya hadir sebagai sokongan kepada rakyat Malaysia untuk membersihkan segala korupsi yang berlaku sekarang ini,” jelasnya.

Ditanya berkenaan sistem demokrasi yang telah dinafikan di negara ini, Ben berkata sewajarnya ruang kebebasan kepada rakyat tidak boleh dinafikan.

Beliau menjelaskan,demokrasi di beberapa negara maju amat berbeza dengan keadaan di Malaysia di mana rakyat mereka diberikan kebebasan untuk melontarkan pandangan melalui ruang demokrasi yang lebih adil kepada rakyat.

“Namun apa yang berlaku di negara ini, ruang demokrasi itu telah dinafikan untuk tujuan kepentingan kerajaan sendiri,” ujarnya lagi.

Tiada ulasan: