RAJVINDER SINGH
Dr Salleh berkata, Clare
bercakap seperti bukti sudah muktamad dan dia tahu, pada hakikatnya
Perdana Menteri adalah bersalah, hanya kerana dia berkata demikian. Foto
fail TRP
KUALA LUMPUR, Editor Sarawak Report, Clare Rewcastle Brown membuat kenyataan yang menyimpang daripada perkara sebenar mengenai kerajaan memenjarakan Datuk Seri Anwar Ibrahim dengan menggunakan dakwaan yang direka.
Menteri Komunikasi dan Multimedia, Datuk
Seri Dr Salleh Said Keruak, berkata dalam blog miliknya hari ini bahawa
Clare tidak menyebut yang Anwar enggan memberi keterangan selain tidak
membawakan saksinya ke mahkamah untuk menyokong keterangannya.
Dia membangkitkan mengenai Anwar yang
langsung tidak memberikan keterangan dan kerana itu beliau disabitkan
kesalahan, bukan seperti alasan yang dihebahkan Clare.
Salleh dalam blognya turut menyindir
Clare dengan berkata editor kelahiran Sarawak itu bercakap seolah-olah
dia tahu bahawa Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak sudah disabitkan
kesalahan atau didakwa atas sebarang kesalahan jenayah.
“Sebagai wartawan veteran, dia sepatutnya
tahu bahawa seseorang itu adalah tidak bersalah sehingga dan melainkan
jika dibuktikan bersalah, tetapi dia bagaimanapun, bercakap seperti
bukti sudah muktamad dan dia tahu, pada hakikatnya Perdana Menteri
adalah bersalah, hanya kerana dia berkata demikian.
“Clare kan hakim, juri dan orang yang menjatuhkan kesalahan, semuanya dalam satu,” kata Salleh dalam laman blognya.
Dia berkata, malam tadi, siaran berita Sky TV di United Kingdom (UK) melaporkan Clare bercakap mengenai `perjuangannya’ untuk Malaysia.
Beliau berkata, wanita itu mendedahkan
panjang lebar bagaimana dia mendedahkan bukti rasuah membabitkan Najib,
bagaimanapun tidak menjelaskan bagaimana dia mendapatkan bahan yang
dipanggil sebagai bukti itu.
“Malah, didakwa sebahagian daripada bukti
sudah diusik atau diubah. `Bukti’ ini tidak boleh jatuh dari langit,
jadi, bagaimana dia mendapatkannya?
“Adakah seseorang memberikan kepadanya
apa-apa bukti yang didakwa diperolehnya kerana dia sebenarnya digunakan
dan diberitahu supaya memalukan Najib,” kata Salleh.
Dalam blognya, Salleh turut mendesak
Clare untuk mendedahkan kebenaran dan dengan siapa dia berkhidmat kini,
berapa banyak Sarawak Report dibayar kerana dia mengaku ada menerima
dana asing tanpa cukup telus mengenai perinciannya.
Salleh meneruskan lagi, Clare berkata,
pembangkang memenangi lebih 50 peratus undi dan mencadangkan bahawa
sepatutnya pembangkang yang memimpin kerajaan.
Beliau berkata, dia terkejut mendapati
bahawa Clare tidak sedar bahawa dalam sistem parlimen kerajaan
demokratik dimodel selepas kerajaan British, parti yang menang dengan
jumlah kerusi tertinggi akan dapat membentuk kerajaan dan bukan parti
yang menang dengan jumlah undi tertinggi.
ini sebagai contoh.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan