shahbudindotcom.
Tarikh 9 September ini
adalah detik penentuan bagi Muhyiddin Yassin sama ada akan dipecat atau
tidak daripada UMNO yang sudah digelumanginya sejak hampir 40 tahun
yang lalu.
Setelah dua kali ditangguhkan, mesyuarat MT pada pada 9 September ini
dijangka membuat keputusan terhadap kelantangan Timbalan Presiden UMNO
itu dalam mengkritik kepimpinan Najib Razak, khususnya berkaitan isu
1MDB dan derma RM2,600 juta yang mengalir masuk ke akaun peribadi
Perdana Menteri.
Sejak
dipecat pada 28 Julai lalu, Muhyiddin sempat merasmikan mesyuarat
perwakilan beberapa UMNO bahagian serta meneruskan kritikannya terhadap
Najib, sebelum bercuti ke luar negara bersama keluarganya sejak dua
minggu yang lalu.
Oleh itu, mesyuarat MT UMNO pada 9 September ini
adalah detik penentuan bagi masa depan politik Muhyiddin dan mungkin
juga merupakan bermulanya sesuatu perubahan dalam negara.
Cakap-cakap
mengenai pemecatan Muhyiddin sudah mula kedengaran sejak seminggu lalu
atas dakwaan menjejaskan imej parti dan memburuk-burukkan nama Presiden
parti yang juga merupakan Perdana Menteri.
Dengan
itu, tentu saja kepulangan Muhyiddin daripada percutiannya di luar
negara ini amat dinanti-nanti, terutama oleh para penyokong yang selama
ini sehati sejiwa dengan pendiriannya mengenai 1MDB dan derma RM2,600
juta itu.
Berdepan
dengan ketidaktentuan masa depannya itu, salah seorang bekas pegawainya
mengesahkan bahawa Muhyiddin akan kembali daripada percutiannya pada 2 September ini dan dijangka tiba di KLIA pada jam 8 pagi.
Sebagai
tanda sokongan kepadanya, dijangkakan ribuan penyokong Timbalan
Presiden UMNO itu akan berkumpul di KLIA pada tarikh dan masa tersebut.
Di
waktu ini, beberapa pihak dikatakan sedang mengumpul dan menggerakkan
seramai mungkin ahli UMNO bagi menyambut ketibaan dan untuk menyatakan
sokongan kepada Muhyiddin itu.
Sebahagian
penyokong bekas Timbalan Perdana Menteri itu, khususnya daripada Johor
pula akan menyambutnya dengan memakai baju T berwarna hitam yang
bertulis "I am not a yes man" di bahagian belakang dan gambar Muhyiddin
di bahagian depannya.
Warna
hitam dikatakan dipilih untuk baju T itu sebagai menandakan detik gelap
bagi UMNO dalam pilihanraya akan datang sekiranya Muhyiddin dipecat
oleh MT pada 9 September depan.
Setelah tiga bandar utama iaitu Kuala Lumpur, Kuching dan Kota Kinabalu telah dikuningkan dengan himpunan Bersih 4 pada 29 dan 30 Ogos, KLIA pula dijangka dipenuhi dengan warta hitam pada pagi 2 September nanti.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan