Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak ketika mengingatkan kembali jasa-jasa kerajaan melalui Felda hari ini turut mengambil kesempatan menyelar BERSIH 4.
Katanya, perhimpunan itu tidak akan membantu golongan luar bandar, lapor Bernama.
"Sebab yakin kerajaan boleh membantu mereka, hari ini mereka menuai, dulu merangkak bertatih, kini kita mampu bersaing di peringkat dunia, siapa berjasa kepada peneroka Felda, adakah yang buat perhimpunan Bersih 4 itu nak bantu orang di luar bandar...tidak," beliau dipetik sebagai berkata.
Najib berkata demikian ketika berucap merasmikan majlis sambutan Hari Peneroka Felda peringkat Kebangsaan 2015 bertema "Mensyukuri Nikmat" di Stadium Tertutup Kompleks Sukan Gong Badak di Kuala Nerus, Ahad.
Sementara itu, Najib berkata kerajaan banyak membantu golongan peneroka Felda kerana mereka adalah kumpulan yang tahu menilai erti "mensyukuri nikmat" yang diperoleh.
Katanya peneroka Felda sedar sejak 59 tahun lalu, hanya kerajaan sedia ada hari ini yang mampu mengubah nasib mereka di kawasan luar bandar.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan