Zahid beri amaran, pemimpin Bersih berdepan tindakan polis
Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi memberi amaran kepada pemimpin Bersih. – Gambar fail The Malaysian Insider Polis
sedang memantau pemimpin serta ucapan di perhimpunan Bersih 4, dan
tindakan akan diambil terhadap mereka, Menteri Dalam Negeri Datuk Seri
Ahmad Zahid Hamidi memberi amaran hari ini.
Beliau yang juga timbalan perdana menteri berkata walaupun tiada
penangkapan setakat ini, tidak bermaksud polis dan Dewan Bandaraya Kuala
Lumpur tidak menjalankan tugas.
"Saya setuju dengan Ketua Polis Negara (Tan Sri Khalid Abu Bakar), berani buat, berani tanggung."
"Jangan tuduh polis zalim kerana ambil tindakan. "Ini bukan amaran tetapi janji, tindakan perlu diambil," katanya kepada
pemberita selepas melancarkan mesyuarat Umno Ipoh Timor di Ipoh hari
ini.
Putrajaya sebelum ini mengharamkan perhimpunan Bersih 4.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan