HALAMAN SANTAI

Ahad, 30 Ogos 2015

Tetap sayang Tun M walau dia hadir Bersih – Shahidan

 
Beliau yakin Tun M tidak berniat untuk menjatuhkan kerajaan.


Shahidan-Kassim_mahathir_600


PETALING JAYA: Datuk Seri Shahidan Kassim berkata, kasih sayangnya terhadap Tun Dr Mahathir Mohamad sedikitpun tidak berubah biarpun bekas Perdana Menteri itu menghadiri perhimpunan Bersih 4.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri itu berkata, walaupun pelbagai fitnah dilemparkan terhadap Dr Mahathir, beliau yakin bekas Perdana Menteri Keempat itu tidak berniat menjatuhkan kerajaan.

Beliau bagaimanapun mengakui terkilan dengan tindakan Dr Mahathir menghadiri perhimpunan Bersih 4 pada Sabtu dan merayu agar Dr Mahathir tidak lagi hadir ke perhimpunan Bersih 4.

“Wahai TM (Tun Dr Mahathir Mohamad) sayang, bahawa kasih sayang pada Tun tidak berubah walau ribuan nista dilemparkan. Saya tahu Tun bukan hendak jatuhkan kerajaan.

“Cuma saya terkilan kerana Tun hadir perjumpaan DAP yang anti negara Islam. Namun kasihku pada Tun tidak akan berubah.. I love U Tun.

“Permintaan saya sebagai pejuang kecil ini ialah, tolong jangan hadir lagi. Please Tun,” tulis Shahidan yang dimuatnaik di Facebooknya.

Dr Mahathir dijangka hadir sekali lagi di perhimpunan Bersih 4 kira-kira jam 4.30 petang pada Ahad.

Tiada ulasan: