HALAMAN SANTAI

Ahad, 30 Ogos 2015

Sambutan Hari Kebangsaan terjejas kerana Bersih

FREE MALAYSIA TODAY

Persiapan akhir Hari Kebangsaan tidak akan berjalan dengan lancar selagi peserta perhimpunan masih berada di kawasan sekitar Dataran Merdeka.


bersih-dataran


KUALA LUMPUR: Peserta perhimpunan Bersih 4.0 dikatakan mengganggu persiapan terakhir sambutan Hari Kebangsaan di Dataran Merdeka yang bakal disambut pada 31 Ogos.

Prop perbarisan, poster dan karpet merah antara kelengkapan yang belum lagi dapat dibawa masuk kerana peserta perhimpunan haram mengganggu laluan masuk dan menyukarkan pergerakan petugas sambutan Hari Kebangsaan.

Bernama melaporkan persiapan terakhir hanya sekitar 50 peratus sahaja dan penganjur sambutan Hari Kebangsaan membayangkan persiapan terakhir tidak akan berjalan dengan lancar seperti yang dirancang selagi peserta perhimpunan masih berada di kawasan sekitar Dataran Merdeka.

Malah penganjur sambutan Hari Kebangsaan juga telah merayu kepada peserta perhimpunan tersebut untuk memberi kerjasama dan tidak menjejaskan persiapan terakhir tersebut.

Selain tidak menghormati persiapan terakhir sambutan Hari Kemerdekaan itu, penganjur perhimpunan haram tersebut juga mendapat tempias daripada peserta program mereka sendiri apabila meniup dan bermain vuvuzela sehingga mengganggu orang ramai.

Dalam pada itu, penganjur perhimpunan haram juga menafikan dakwaan mereka menaja atau memberi wang saku kepada peserta perhimpunan seperti yang tersebar melalui sistem pesanan ringkas (SMS) dan aplikasi WhatsApp.– Bernama

Tiada ulasan: