HALAMAN SANTAI

Sabtu, 29 Ogos 2015

Mahathir masih fikir untuk demo esok

MALAYSIAKINI


 


Bekas perdana menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad masih belum memutuskan sama ada mahu menyertai himpunan BERSIH 4 atau tidak, pada esok.

"Saya masih dok fikir," katanya ketika ditanya sama ada beliau akan menyertai himpunan aman itu pada Ahad ini atau sebaliknya.

Terdahulu Mahathir tiba di program bual bicara bertajuk: "Malaysia hari ini: Ke Mana kita” dengan disambut tepukan gemuruh dan sorakan "Hidup Tun".

Acara itu tersebut diadakan di stadium tertutup Pasir Gudang dengan menyaksikan lebih 3,000 orang hadir.


Tiada ulasan: