HALAMAN SANTAI

Isnin, 1 Februari 2016

Harga: Sepakat bila naik, buat bodoh bila turun

 
Walaupun harga bahan api seperti petrol dan diesel turun, tetapi tidak beri kesan kepada kos pengangkutan.
 
 
 
minyak-turun


Katakan….katakanlah… harga bahan api, petrol/diesel meningkat naik seposen ke seposen setiap bulan sejak empat bulan yang lepas, apa agaknya reaksi para peniaga dan pengusaha perniagaan?

Tentulah harga barangan pun sudah meningkat naik seposen demi seposen.

Tentulah para peniaga dengan penuh berat hati terpaksa naikkan harga kerana harga bahan api yang meningkat naik. Tentulah mereka tak bersalah, yang bersalah adalah harga bahan api yang meningkat naik.

Oh, ya, tentulah pihak penguatkuasa seperti KPDNKK juga tidak dapat berbuat apa-apa. Kita pun last-last terima sahaja walaupun merungut. “Dahlah kena GST, harga pula bertambah naik. “Semuanya salah kenaikan harga bahan api!”

Tetapi mujur, itu semua hanya imaginasi penulis semata-mata. Dalam keadaan ekonomi yang tidak begitu baik, satu-satunya berita baik bagi orang awam seperti kita ialah penurunan harga bahan api, yakni petrol.

Saya tahu, selaku negara pembekal bahan api, penurunan ini tidak baik untuk ekonomi. Namun, saya akui sebagai rakyat marhen berasa lega sedikit bila harga turun.

Bolehlah simpan sikit duit tu, kalau dulu satu minggu RM50, dalam jangka masa empat bulan, nilai yang sama boleh cecah tujuh hingga lapan atau sembilan hari.

Tetapi, persoalannya, ialah mengapa agaknya penurunan harga bahan api ini tidak memberi impak kepada harga barang?

Kenapa bila harga petrol/diesel naik dan naik, peniaga kata kos pengangkutan bertambah, tapi bila harga turun tiada yang sebut pasal kos pengangkutan menurun.

Si pengusaha kilang yang setahu saya beli bahan api untuk operasi mesin dalam kuantiti bertan-tan juga khabarnya banyak berjimat, sumber daripada seorang adik sepupu yang bekerja di kilang pemprosesan makanan.

Untuk rekod, kita ambil harga diesel kerana bahan api tersebut yang paling kerap digunakan bagi tujuan pengangukutan barangan. Sejak bulan Julai 2015, lihat sahaja paten harganya, RM2.05 (Jul ’15), RM1.95 (Ogs ’15), RM1.80 (Sept’15), RM1.90 (Okt’15), RM 1.90 (Nov’15), RM1.90 (Dis’15) , RM1.60 (Jan’16) dan terbaru, harga diesel untuk bulan ini RM 1.35.

Malah, Presiden Persatuan Pengusaha Stesen Minyak Petronas Malaysia (Pesamp), Khairul Annuar Abdul Aziz sendiri dalam satu laporan berita mengesahkan perkara itu. “Kami tak sangka penurunan harga minyak menjadi begitu mendadak, sejak Disember 2014 sehingga Februari 2016 kenaikan minyak hanya berlaku sebanyak empat kali,” petik laporan itu.

Namun, tiada pula berita harga barangan dikurangkan, walau sikit.

Bukanlah bermakna saya tidak sedar bahawa ada barangan khususnya yang diimport tidak boleh dibuat apa-apa ekoran kejatuhan nilai mata wang. Itu saya sangat sedar kerana selalu sahaja baca berita apabila syarikat tertentu buat pengumuman anak naikkan harga hingga beberapa peratus.

Cuma saya tak faham, apabila harga petrol/diesel naik, riak sungguh peniaga naikkan harga tapi bila turun, takde sound langsung.

Tiada ulasan: