HALAMAN SANTAI

Selasa, 2 Februari 2016

Lebih banyak imej Najib 'bermuka badut' muncul di talian

MALAYSIAKINI




Para artis grafik bangkit ekoran amaran polis yang dikeluarkan kepada artis Fahmi Reza, dengan menyiarkan versi mereka sendiri lakaran gambar Perdana Menteri Datuk Seri Najib Abdul Razak dengan muka 'badut'.

Fahmi menerima amaran bahawa dia di bawah pengawasan polis, selepas dia menyiarkan satu lakaran gambar Najib, dengan muka yang kelihatan seperti badut, untuk satu kempen anti-Akta Hasutan.


Amaran dari pihak polis itu mendorong artis-artis grafik yang lain dalam kolektif Grafik Rebel Untuk Protes dan Aktivisme (Grupa), untuk menyiarkan versi-versi mereka dengan apa yang kini dikenali sebagai poster 'Kita Semua Penghasut'.

Satu lagi karya seni itu memaparkan gambar Najib memegang leher kucing, dengan kapsyen yang berbunyi: “So he’s choking us because we are all seditious.”

Menurut blog American Institute of Graphic Artists (Auga) Eye for Design, Grupa adalah di sebalik banyak poster yang dilihat di perhimpunan BERSIH Ogos lalu.

Kumpulan itu menyiarkan 110 poster di talian untuk dicetak oleh aktivis dan membawanya ke perhimpunan tersebut, yang menyeru kepada tadbir urus yang baik dan pilihan raya yang bersih.

Ketika dihubungi Malaysiakini, ahli-ahli Grupa berkata mereka mahu kekal tidak dikenali, tetapi bukan kerana takut.

Bercakap bagi pihak kumpulan itu, seorang daripadanya berkata projek tersebut bukan tentang mereka sebagai pereka individu, tetapi tentang apa yang mereka ketengahkan.

Tiada ulasan: