shahbudindotcom
Bukanlah
perkara biasa bagi pihak istana membuat teguran mengenai
menteri-menteri yang dianggap tidak cerdik dan lebih selalu menjadi
bahan jenaka kepada rakyat.
Sejak
dulu lagi, pihak istana memang tidak pernah campurtangan dalam
pentadbiran kerajaan, apatah lagi membuat teguran terbuka mengenai
kedudukan menteri-menterinya.
Tetapi
di era kepimpinan Najib Razak ini, kedudukan menteri-menteri yang tidak
cerdik dan sering menjadi bahan jenaka bukan saja diperbual dan
dijadikan momokan oleh rakyat, malah turut menggamit hati nurani istana
untuk turut sama menegurnya.
Sudah
tentu, dengan turut sama membuat teguran itu bermakna ketidakcerdikan
dan penonjolan menteri-menteri sebagai bahan jenaka sudah mencapai
"tahap gaban" sifatnya.
Terbaru,
Tuanku Mahkota Johor secara terbuka membuat teguran mengenai kedudukan
menteri-menteri yang tidak cerdik dan sering dijadikan bahan lawak itu.
Katanya, langkah
terpenting untuk kerajaan menambah baik sistem dalam negara sekarang
ialah dengan mengenepikan beberapa menteri yang dianggap sebagai bahan
jenaka kepada orangramai.
Malaysia, tambahnya memerlukan menteri-menteri yang bijak yang boleh berkhidmat kepada rakyat dan bukan menampung poket sendiri.
Apabila
saya menyuarakan pendapat, ia tidak bertujuan mencetuskan ketegangan
dengan kerajaan Persekutuan, tetapi dengan niat untuk bekerja
bersama-sama menjadikan negara ini tempat yang lebih baik, jelas Tunku
Mahkota Johor itu lagi.
Tidak
perlu disebut satu persatu menteri-menteri berkenaan kerana secara
umumnya rakyat sudah pun mengetahui siapa mereka, tetapi yang menjadi
persoalan ialah bagaimana mereka itu boleh menjadi anggota pentadbiran
dalam kerajaan.
Siapakah
yang melantiknya dan kenapa setelah diketahui tidak cerdik dan sering
menjadi bahan jenaka, terus juga dikekalkan sebagai menteri?
Jika
menteri-menteri kelihatan tidak cerdik dan sering dijadikan bahan lawak
berikutan sering bertindak atau mengeluarkan kenyataan-kenyataan pra
matang, sudah tentu yang melantiknya juga berada di kedudukan yang tidak
cerdik sama.
Orang
yang tidak cerdik biasanya hanya akan melantik mereka yang tidak cerdik
atau lebih teruk daripada itu sebagai orang bawahannya supaya dirinya
kelihatan sedikit cerdik berbanding mereka.
Berbeza
dengan orang cerdik yang pasti akan melantik orang cerdik juga kerana
tidak mahu nilai kecerdikannya dalam memimpin dan memilih orang bawahan
dipandang rendah.
Sebab
itu, tidaklah merupakan kesalahan apa-apa kepada mereka yang tidak
cerdik dan selalu menjadi bahan jenaka itu apabila menjadi menteri,
tetapi yang salahnya ialah siapa yang melantik mereka itu.
Yang
tidak cerdik dan selalu menjadi bahan ketawa rakyat itu mungkin sudah
semulajadinya begitu dan tidak boleh "diubati" lagi, tetapi persoalannya
ialah mengapa mereka tetap dilantik sebagai menteri.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan