KUALA LUMPUR - Pas melahirkan keyakinan akan memenangi kerusi yang ditandingi pada PRN Sarawak.
Pengarah Pilihan Raya Pas, Datuk Mustafa Ali berkata, daripada 11 kerusi yang ditandingi Pas, insya-ALLAH akan ada anak sulung seorang atau kembar.
"Kita optimis boleh dapat kemenangan anak sulung di Sarawak," katanya dalam sidang media, hari ini.
Menurutnya, daripada 11 calon Pas, satu kerusi akan ditandingi ahli Dewan Himpunan Penyokong Pas (DHPP).
"Calon ini bukan beragama Islam dan anak Sarawak. Begitu juga dengan calon kita yang lain semuanya adalah anak Sarawak," katanya.
Sementara itu, Timbalan Presiden Pas, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man berkata, pertembungan banyak penjuru di Sarawak hanya dengan PKR.
"Kita tidak ada sebarang perbincangan dengan DAP. Kita akan berbincang dengan PKR sebaik mungkin untuk tidak bertembung dengan parti itu.
"Kita harap DAP tak masuklah tempat Pas masuk supaya tak timbul pertembungan," katanya.
Ditanya lagi, sekiranya berlaku pertembungan banyak penjuru adakah ia akan mengurangkan peluang untuk menang, Tuan Ibrahim berkata, ia bergantung kepada demografi setiap Dun.
"Kadang- kadang tiga penjuru sekalipun tidak bermakna peluang kita tidak ada. Tiga penjuru itu kita ada ruang untuk capai kemenangan," katanya.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan