shahbudindotcom
Tiba-tiba
saja Nazri Aziz bersuara bahawa beliau akan mencadangkan penggantungan
Muhyiddin Yassin sebagai Timbalan Presiden UMNO dalam mesyuarat MT akan
datang berikutan tindakannya yang dilihat berterusan mengkritik
kepimpinan Najib Razak.
Beliau
yang menyifatkan tindakan Muhyiddin sebagai melampau, turut menggesa
agar bekas Timbalan Perdana Menteri itu segera meninggalkan parti jika
sudah tidak mahu bersama kepimpinan sedia ada.
Yang
menjadi persoalan, kenapa kritikan cuba dibalas dengan ancaman
penggantungan? Apakah ruang untuk berkata benar sudah tertutup dalam
UMNO sekarang ini?
Tidak
bolehkah persoalan-persoalan yang dibangkitkan Muhyiddin yang
sebenarnya juga merupakan pertanyaan paling bersarang di kepala rakyat,
dijawab dengan tenang dan dengan jiwa yang lapang?
Apatah
lagi, Nazri yang berlatarbelakangkan seorang peguam, seharusnya lebih
arif bahawa hujah seharusnya dilawan dengan hujah, fakta mesti
ditundukkan dengan fakta dan soalan semestinya dibalas dengan jawapan.
Apakah
ancaman penggantungan yang disuarakan Nazri itu menunjukkan kepimpinan
sedia ada tidak mampu lagi berlawan hujah dengan Muhyiddin dan menjawab
persoalan yang ada di fikiran rakyat?
Mengapa
pula Nazri mahu mencadangkan penggantungan Muhyiddin sedangkan pada
Oktober 2015 lalu, beliau bertegas akan mempertahankan kedudukan
Muhyiddin sebagai orang nombor dua dalam UMNO sehingga pemilihan akan
datang?
Sebagai
parti yang sudah menyambut ulangtahun ke 70, UMNO harus mempunyai ruang
yang cukup untuk perbezaan pendapat dan menerima kritikan, demikian
Nazri dilaporkan sebagai berkata pada 30 Oktober 2015 lalu yang
menggambarkan keterbukaan dan kematangannya.
Sehubungan
itu, beliau juga dipetik akan melakukan apa saja untuk mempertahankan
kedudukan Muhyiddin sehingga pemilihan seterusnya yang mana ketika itu,
menurutnya, Zahid lebih berpeluang mengambil alih jawatan tersebut.
Mengapa pendirian Nazri mengenai Muhyiddin boleh berubah dalam tempoh yang tidak terlalu lama?
Mengapa dulu matang dan terbuka, kini sudah jadi sebaliknya?
Ohhh...sebelum
terlupa, Nazri juga adalah satu-satunya ahli MT UMNO yang pernah
membuat kenyataan terbuka akan menyokong Zahid Hamidi sebagai Perdana
Menteri sekiranya Najib mengundurkan diri.
Saya
penyokong Zahid, beliau Timbalan Perdana Menteri dan beliau juga akan
jadi Perdana Menteri, kata Nazri sebagaimana yang pernah disiarkan oleh
portal Malaysiakini.
Mengapa
hanya Nazri yang bercakap soal pengunduran Najib dan Zahid sebagai
penggantinya, tetapi tidak oleh pemimpin-pemimpin yang lain?
Tiada ulasan:
Catat Ulasan