HALAMAN SANTAI

Selasa, 23 Februari 2016

Pembentangan laporan audit mengenai 1MDB ditangguh, akan dibentang awal Mac - PAC

ANTARAPOS.COM


Post Pic
 
 
 
KUALA LUMPUR: Jawatankuasa Kira-kira Wang Negara (PAC) menangguhkan pembentangan Laporan Akhir Ketua Audit Negara mengenai 1Malaysia Development Berhad (1MDB). 
 
Pengerusinya, Datuk Hasan Arifin berkata, penangguhan itu berikutan kebanyakan ahli jawatankuasa berada di luar negara dan mempunyai komitmen lain. 
 
Laporan itu sepatutnya dibentangkan esok dan Khamis seperti yang dijadualkan. 
 
"Penangguhan dibuat memandangkan ahli PAC berada di luar negara, menunaikan umrah serta ada yang mempunyai komitmen penting.
 
"Adalah penting untuk semua ahli PAC hadir bagi mendengar pembentangan Laporan Akhir Pengauditan Ketua Audit Negara terhadap 1 MDB berkenaan," katanya dalam satu kenyataan hari ini.
 
Berikutan itu, ia akan dibentangkan ke satu masa yang lain, dijangka pada minggu pertama bulan Mac. 


Tiada ulasan: