HALAMAN SANTAI

Selasa, 23 Februari 2016

PKR mohon mesyuarat tertutup selesai sengketa

MALAYSIAKINI




Setiausaha Agung PKR, Rafizi Ramli akan mengutuskan surat rasmi kepada Ketua Menteri Pulau Pinang Lim Guan Eng memohon pertemuan peribadi untuk menyelesaikan perbalahannya dengan Menteri Besar Selangor, Azmin Ali.

Bercakap pada sidang media di ibu pejabat PKR hari ini, Rafizi berkata beliau percaya masalah itu sebaik-baiknya diselesaikan secara tertutup.

"Apa juga perbezaan mereka, kita perlu fikirkan sensitiviti orang ramai yang kecewa (dengan pertikaian itu).

"Saya fikir yang terbaik adalah adakan mesyuarat tertutup dan saya percaya Guan Eng akan memberikan kami ruang untuk membincangkan perkara ini secara tertutup," katanya ketika diminta mengulas pergeseran kedua-dua pemimpin itu.

Ditanya mengenai kandungan surat itu, Rafizi berkata, ia adalah perkara rahsia tetapi ia akan menyentuh isu rasa tidak berpuas hati Lim dengan keputusan PKR untuk mempertahankan dua wakil rakyatnya di Pulau Pinang yang baru-baru ini dipecat daripada jawatan mereka sebagai pengarah dalam syarikat berkaitan kerajaan (GLC).

"Saya faham dengan apa yang berlaku, apabila media tanya beliau (Guan Eng) perlu jawab. Apabila media tanya Datuk Seri Azmin, beliau juga harus menjawab," katanya.

“Secara rasmi parti akan hantar surat hari ini dan saya harap selepas ini, apa yang berlaku boleh dibawa pada Majlis Presiden Pakatan Harapan," kata Rafizi.

Tiada ulasan: