KUALA LUMPUR: Ketua Polis Negara Tan Sri Khalid Abu Bakar mengesahkan
pihaknya akan merakamkan kenyataan Tun Dr Mahathir Mohamad hari ini
ekoran catatan di laman blog miliknya bekas perdana menteri itu.
Khalid berkata, pihaknya menjalankan tugas mereka untuk merakamkan
kenyataan Dr Mahathir susulan ekoran terdapat beberapa laporan polis
berhubung catatan tersebut.
"Kita akan merakamkan kenyataan itu hari ini, diaturkan di satu tempat.
Hari ini, bukan di Bukit Aman," katanya kepada pemberita selepas Majlis
Pemakaian Pangkat Pegawai Kanan Polis di Bukit Aman hari ini.
Menjelaskan lebih lanjut, Khalid berkata siasatan itu mungkin berjalan
di pejabat Dr Mahathir di Yayasan Kepimpinan Perdana, di Putrajaya.
"Saya rasa (siasatan) sedang berlangsung sekarang.
"Mungkin (di Pejabat Dr Mahathir). Saya rasa ya," jawab beliau ringkas.
Pada 15 Februari lalu, Khalid mengesahkan bahawa beberapa laporan polis
telah dibuat terhadap Mahathir berhubung catatan di blog bekas perdana
menteri itu.
Khalid sebelum ini telah menggesa mereka yang tidak puas hati dengan
catatan di blog Dr Mahathir itu supaya membuat laporan polis.
Beliau berkata demikian sebagai mengulas kenyataan Ketua Penerangan
Umno, Tan Sri Annuar Musa, yang mendakwa bahawa catatan Dr Mahathir di
blognya pada 3 Februari lalu sebagai menghasut.
Dalam penulisan berkenaan, Tun Mahathir mendakwa Peguam Negara, Tan Sri
Mohamad Apandi Ali, tidak akan mendakwa Perdana Menteri, Datuk Seri
Najib Razak dalam isu SRC International dan dana RM2.6 bilion kerana
kononnya terhutang budi dengan Najib.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan