KUALA LUMPUR: Aliran trafik di Lebuhraya PLUS menghala ke Utara dan
Lebuhraya Pantai Timur (LPT) dilaporkan perlahan dan sesak tengah hari
ini berikutan meningkatnya jumlah kenderaan orang ramai yang ingin
pulang kampung sempena cuti perayaan Tahun Baru Cina, esok.
Jurucakap PLUS berkata aliran trafik dari Slim River ke Sungkai
perlahan berikutan banyak kenderaan mula menggunakan laluan itu.
"Trafik dari Permatang Pauh ke Sungai Dua dilaporkan perlahan di
KM130.9 arah utara berikutan kemalangan kecil membabitkan sebuah kereta,
namun tiada kemalangan jiwa dilaporkan," katanya dihubungi Bernama hari
ini.
Bagaimanapun, keadaan trafik menghala ke Selatan dilaporkan terkawal.
Sementara itu, jurucakap Lembaga Lebuhraya Malaysia (LLM) berkata
pertambahan jumlah kenderaan dari Plaza Tol Gombak menuju ke Genting
Sempah, menyebabkan aliran trafik sesak di LPT.
Orang ramai boleh mendapatkan maklumat trafik terkini menerusi talian
bebas tol Plusline di 1800-88-0000 dan laman Twitter di
www.twitter.com/plustrafik atau talian LLM di 1800-88-7752 serta laman
Twitter di www.twitter.com/llminfotrafik.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan