Siasatan berhubung wang derma RM2.6 bilion yang diterima oleh Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak perlu dibuka semula selepas menteri luar Arab Saudi berkata wang itu adalah daripada "pelaburan", kata Penasihat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) hari ini.
Ahli
Panel Penilaian Operasi SPRM, Lim Chee Wee berkata, kenyataan oleh
Menteri Luar Arab Saudi Adel al-Jubeir menunjukkan bahawa kenyataan
pembelaan oleh "suspek utama" perlu disahkan.
"Satu siasatan yang tulus dan penilaian bagi pendakwaan
memerlukan pengesahan yang bebas daripada mana-mana pembelaan oleh
suspek utama yang mana kita tidak boleh hanya menerima kata-kata
daripada suspek utama," kata Lim kepada Malaysiakini.
Sehubungan itu, beliau berkata, bukti berdokumen tentang
sumber dana tersebut, pengaliran wang dan pulangan dana perlu
dikemukakan.
Oleh itu, Lim berkata beliau mengalu-alukan kesediaan
Peguam Negara Tan Sri Mohamed Apandi Ali untuk membuka semula sisatan
dan menggesa peguam terkemuka untuk meluluskan permintaan SPRM untuk
melakukan Bantuan Guaman Bersama (MLA) dari negara-negara lain.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan