KELAB GREENBOC
Najib, Rosmah dipersenda lagi
PETALING JAYA: Datuk Seri Najib Tun Razak terus dijadikan bahan lawak jenaka di media sosial.
Menerusi video terbaru yang menjadi viral, dua lelaki yang berlakon
seperti pasangan kekasih di dalam kereta menyebut nama Perdana Menteri
dan isterinya, Datin Seri Rosmah Mansor.
Berdasarkan perbualan, kedua-dua lelaki terbabit cuba mengaitkan nama
Najib dan Rosmah sebagai satu perkara yang sangat sensitif untuk disebut
pada masa ini.
Visual berkenaan telah dimuat naik oleh pengguna Facebook yang menggunakan nama Emee Zainal.
“Kalau I jadi pokok you jadi apa?
I jadi monyetlah, balas lelaki tersebut.
“Kalau I jadi t**i, you jadi apa. I jadi lalatlah…haha sweet lagi.
“Kalau I jadi Rosmah?
Balas lelaki itu; kau ingat aku nak jadi Najib.
Diakhir video tersebut ditulis, Emee mengalami kecederaan berat dan dikejarkan ke hospital.
“Berhati-hatilah bergurau kerana “Najib” adalah isu yang sangat
sensitif..Takde siapa nak jadi seperti Najib,” menurut tulisan pada
video berkenaan.
Sehingga berita ini ditulis, video tersebut telah ditonton lebih 622,000
kali dan mendapat lebih 10,843 perkongsian dengan 5,644 menyukainya.
-FMT
LIHAT VIDEO DI SINI
Tiada ulasan:
Catat Ulasan