HALAMAN SANTAI

Isnin, 25 April 2016

PRN Sarawak: PKR Langgar Perjanjian Agihan Kerusi - Calon DAP

MSTAR ONLINE
 
 
Abdul Aziz Isa.
 
 
KUCHING: Parti Keadilan Rakyat (PKR) melanggar perjanjian mengenai pengagihan kerusi, kata calon DAP Batu Kitang Abdul Aziz Isa.

Abdul Aziz menegaskan dalam perjanjian antara sekutu dalam Pakatan Harapan itu, DAP bersetuju untuk bertanding 30 kerusi, PKR 40 dan selebihnya diagihkan kepada Amanah.

"Anda perlu menghormati perjanjian itu tetapi pihak-pihak tertentu, PKR, melanggar perjanjian tersebut.

"Kami tiada pilihan tetapi untuk bertanding di Batu Kitang," katanya.

Abdul Aziz yang pada asalnya dipertaruhkan untuk bertanding di kerusi Stakan tetapi diletakkan sebagai calon Batu Kitang pada saat akhir selepas PKR didakwa melanggar perjanjian pengagihan kerusi yang telah dipersetujui.

"Keputusan dibuat pada pukul 1 pagi, lebih kurang macam itu; 1 pagi malam Ahad," katanya.

Apabila ditanya lagi jika PKR melanggar perjanjian itu, Abdul Aziz berkata:" Ya, itulah yang telah dimaklumkan kepada kita."

"Walaupun perjanjian itu tidak ditulis atas kertas tetapi persetujuan secara lisan jika mempunyai integriti, kita akan menghormati perjanjian tersebut," katanya.

Batu Kitang merupakan salah satu kerusi DUN baharu yang sengit.

Ia menyaksikan pertembungan lima penjuru antara calon Barisan Nasional (BN), DAP, PKR dan dua lagi calon bebas.

Selain Batu Kitang, DAP dan PKR akan bertemu sesama sendiri di lima lagi kerusi iaitu Mambong (N19), Bukit Semuja (N23), Simanggang (N32), Murum (N66) dan Mulu (N78)

Tiada ulasan: