shahbudindotcom
Tanpa
diduga dan tidak juga muncul apa-apa tanda sebelumnya, tiba-tiba saja
politik Terengganu bergelora dengan Menteri Besar, Ahmad Razif Abdul
Rahman dilaporkan bermasalah besar dengan pihak istana sehingga gelaran
"Datuk Seri" beliau ditarik serta merta.
Apakah
punca masalah itu semata-mata kerana sebaris ayat dalam ucapan Ahmad
Razif yang menyentuh Yayasan Mizan yang dikatakan menyinggung Sultan
Terengganu sehingga baginda menjadi murka atau sebenarnya ada
sebab-sebab lain yang kita tidak ketahui?
Apa pun punca masalahnya, ketegangan itu sudah berlaku dan ia bukanlah sesuatu yang mudah untuk diselesaikan dalam sekelip mata.
Dalam
hal ini apakah penyelesaian terbaik untuk mengelakkan hubungan kerajaan
negeri dan UMNO dengan pihak istana terus bertambah buruk?
Meminta
semua pihak bertenang atau Ahmad Razif sendiri berdiam diri serta
mengelak daripada bersuara bukanlah cara yang betul untuk merungkaikan
kekusutan yang berlaku itu.
Malah, lagi beliau berdiam diri dan mengelak bercakap dengan wartawan, lagi banyak spekulasi yang timbul.
Harus
diakui bahawa jika Menteri Besar bermasalah dengan pihak istana
sehingga ke tahap semua gelaran sudah ditarik balik, itu tandanya ia
sudah terlalu serius dan amat menyinggung perasaan Sultan Terengganu.
Sebagai
menghormati kedudukan Sultan dan demi kepentingan rakyat Terengganu,
jalan terbaik ialah Ahmad Razif perlu berundur dan menulis surat
perletakan jawatannya dengan seberapa segera.
Lupakanlah
"cakap besarnya" sebelum ini bahawa beliau pantang dicabar dan darah
yang mengalir dalam tubuhnya pula keturunan Bugis kerana jika ingin
bertahan juga, bermakna yang dilawannya ialah Sultan sendiri iaitu
payung kepada seluruh rakyat Terengganu.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan