HALAMAN SANTAI

Isnin, 25 April 2016

Penamaan calon lancar, Amanah, Pas bertembung di lima kerusi Dun Sarawak

 ARIF ATAN


Calon AmanahCalon Amanah


Proses penamaan calon pilihanraya negeri Sarawak ke 11 berjalan lancar menyaksikan Amanah bakal berentap dengan Pas dalam Pilihan Raya Negeri Sarawak (PRN) ke-11 di lima kerusi Dewan Undangan Negeri (Dun).

SebuyauSebuyau
Beting MaroBeting MaroKawasan terbabit ialah N7 Samariang, N16 Muara Tuang, N24 Sadong Jaya, N27 Sebuyau dan N29 Beting Maro.

Kesemua kerusi berkenaan menyaksikan Amanah dan Pas bakal bertempur dengan Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB) yang merupakan tulang belakang BN di Sarawak.

Pertembungan tiga penjuru itu dilihat menarik perhatian banyak pihak memandangkan PBB di bawah pimpinan Ketua Menteri Sarawak, Tan Sri Adenan Satem yang juga Pengerusi BN Sarawak bertanding di 40 kerusi.

Pada PRN 2011, PBB menyapu bersih kesemua 35 kerusi dan kali ini PBB memperoleh peruntukan tambahan lima daripada 11 kerusi Dun yang baharu.

Butiran lanjut pertembungan lima kerusi Dun antara Amanah dan Pas pada PRN Sarawak kali ini adalah seperti berikut:

Sadong JayaSadong Jaya
N.7 SAMARIANG, Sharifah Hasidah Syaeed Aman Ghazali (PBB), Nani binti Sahari (Amanah) dan Yusof Assidiqqi Bin Ahmad Sharkawi (Pas)

N.16 MUARA TUANG, Datuk Idris Buang (PBB), Abang Abdul Halil Bin Naili (Amanah) dan Zulkipli Bin Ramzi (Pas)

SamariangSamariangN. 24 SADONG JAYA Ir. Aidel Lariwoo (PBB), Othman Bin Mustapha (Amanah) dan Asan Bin Singkro (Pas)

N.27 SEBUYAU Datuk Haji Julaihi Haji Narawi (PBB), Andrew Anak Jain (Amanah) dan Haji Wan Abdillah Bin Wan Ahmad (Pas)

N.29 BETING MARO, Razaili Haji Gapor (PBB) dan Andri Zulkarnean Hamden (Amanah) dan Hamidah Binti Mokhtar (Pas)

Tiada ulasan: