Zikri Kamarulzaman
LIHAT VIDEO DI SINI
Aktivis Siti Kasim dan lima rakannya hari ini berhimpun di luar
bangunan Parlimen sebagai membantah usul ‘hudud’ kontroversi Presiden
PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang.
Antara sepanduk yang dibawa tertera perkataan “#Tolak RUU355 Saya
Muslim. Saya tidak sokong", “Kita mesti diberi pilihan” dan “Islam itu
indah".
Kumpulan itu juga menggesa usaha dibuat untuk memudahkan proses tuntutan nafkah bagi ibu tunggal di di mahkamah.
"Kami adalah sekumpulan rakyat prihatin. Kami mahu Ahli Parlimen
untuk tahu bahawa ada orang Melayu yang tidak tertipu dengan Hadi," kata
Siti Kasim kepada pemberita hari ini.
Usul Hadi, yang berada pada nombor kelima dalam kertas perintah,
adalah rang undang-undang ahli persendirian untuk meminda Akta Mahkamah
Syariah (Bidang Kuasa Jenayah).
Pengkritik bimbang ini akan membawa kepada pelaksanaan hudud di negara ini.
Siti berkata negara-negara yang melaksanakan undang-undang agama mempunyai kecenderungan untuk menjadi negara yang gagal.
Beliau juga mengkritik badan kehakiman kerana menangguhkan kes yang
melibatkan Islam dengan alasan mereka tidak mempunyai bidang kuasa
mengenai perkara itu.
Keenam-enam mereka berhimpun kira-kira setengah jam, sambil melambai
kepada kereta yang lalu, sebelum mereka beredar pada jam 10 pagi.
Siti berkata, mereka akan kembali untuk membantah buat kali kedua di Parlimen dan menyerahkan memorandum.
Bagaimanapun, beliau berkata tarikh untuk bantahan kedua itu masih belum ditentukan.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan