MALAYSIAKINI
Apa yang memalukan bukannya tindakan pembangkang yang keluar dewan
semasa pembentangan Bajet 2017 di Parlimen, Jumaat lalu tetapi sikap
membisu parti pemerintah ketika Malaysia dilabel sebagai negara
kleptokrasi, kata Ahli Parlimen Gelang Patah Lim Kit Siang.
Menurutnya, bidasan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak dan
pemimpin Umno pemimpin bahawa tindakan pembangkang adalah memalukan
tidak dapat dibandingkan dengan kerosakan imej negara berhubung skandal
1MDB.
"Pemimpin Umno seperti Najib, (naib presiden) Hishammuddin Hussein
(Ketua Pemuda) Khairy Jamaluddin perlu sedar bahawa tiada apa yang lebih
memalukan, tidak senonoh dan tidak profesional daripada mengheret
Malaysia kepada 'kleptokrasi global'.
"Saya terkejut bahawa perdana menteri dan menteri-menteri Umno serta
BN benar-benar tidak tahu malu sedangkan seluruh dunia kini menganggap
Malaysia sebagai negara 'kleptokrasi global', dan mereka boleh menerima
cacian dan penghinaan ke atas negara itu dengan penuh ketenangan, " kata
Lim dalam ucapannya pada sambutan Deepavali, anjuran DAP Gelang Patah,
semalam.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan