"
Sekarang pembangkang bertambah kuat dengan kemasukan Bersatu, demikian mafhum kata kak wan, pkr, dalam mengulas lavel pembangkang. Dah semakin kuat, demikian mafhumnya. Cuma pas aja yang bertegas tidak mahu menyertai gabungan pembangkang yang ada dap di dalamnya.
Kan wan ni maaflah, buta kayu ke apa?
Yang jelas, yang menyebabkan pas menolak dap ialah karenah dap sendiri. Dap tidak menghormati pas.
Dap berkata mereka memutuskan hubungan dengan haji hadi tetapi tidak memutuskan hubungan dengan pas. Pandirkah dap ni? dap memusuhi president pas samalah memusuhi pas. Kata-kata dap samalah dengan prinsip dr mahathir, dia mahu najib jatuh tetapi tetap mahu umno kekal. Samalah menolak mao tse tung tapi tetap mahu parti komunis berkuasa.
Pas jelas, menolak pemimpin pas samalah menolak pas. Simple sahaja.
Dan kak wan tak nampak ke karenah parti orang kecewa, pan? Kak wan tak tahukah husam musa siang malam pagi petang mencari jalan menjahanamkan pas dengan menabur fitnah? Nama alm nik aziz juga dicacai semahunya.
Kan wan inipun satu. Pas berusaha mati-matian untuk menaik taraf mahkamah syariah supaya lebih berkuasa setanding dengan kuasa mahkamah sivil. Kak wan kata apa? "Tunggu dulu pas bentangkan baru buat keputusan". Apa ni kak wan oi?! Kak wan sampai buat solat hajat sekampung sepaya anwar di adili dengan qazaf, tapi bab usaha menaikkan kuasa mahkamah berkaitan qazaf kak wan kong kalikong. Mahu suami diadili dengan hukum Islam tapi usaha menaiktaraf mahkamah islam tak mahu. Mcm lidah berbelit aja kak wan.
Penulis mencadangkan pkr tu bubarkan ajalah kak wan. Ahli beragama islam masuk pas ajalah. Itu lebih baik dari haru biru. Memang haru biru pkr selagi bergantung hidup dengan ihsan dap, sama seperti pan yang menjadi khadam dap.
Maaflah kak wan. Penulis agak kasar dalam berbahasa. Sebab kalau lembut mungkin kak wan tak faham.
Wassalam.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan