HALAMAN SANTAI

Selasa, 25 Oktober 2016

Parti baru Lajim tak beri kesan kepada Warisan, kata Shafie

Oleh Wan Anis Ilyani Wan M Azhar
Post Pic
 
 
KUALA LUMPUR: Presiden Warisan, Datuk Seri Shafie Apdal berkata penubuhan parti baru ini bukanlah satu fenomena luar biasa bagi landskap politik di Malaysia.
 
Ditemui pemberita di Dewan Rakyat hari ini, beliau bagaimanapun berkata penubuhan parti berkenaan tidak menggugat sokongan rakyat terhadap parti yang dipimpinnya itu.
 
Beliau berkata demikian bagi mengulas penubuhan sebuah lagi parti baru, Parti Harapan Rakyat Sabah (Harapan Rakyat) yang diterajui Datuk Seri Lajim Ukin.
 
"Penubuhan parti sudah banyak, sejak dahulu. Di Selangor pun ada, Pulau Pinang pun ada banyak parti. Yang menang akan ditentukan rakyat sebagaimana PKR di Selangor dan DAP di Pulau Pinang. Bagi kita, apa yang penting adalah kepentingan rakyat. 
 
"Saya katakan bahawa, saya tidak bimbang tentang jumlah parti atau jumlah kerusi, yang saya mahu adalah supaya rakyat bersatu. Pilih mana parti dan pimpinan yang dirasakan mampu membuat perubahan di Sabah," katanya.
 
Shafie diminta mengulas penubuhan Harapan Rakyat yang dipimpin bekas Pengerusi PKR Sabah itu selepas diluluskan Jabatan Pendaftaran Pertubuhan (ROS), hari ini.
 
Lajim berkata partinya itu mampu menarik keahlian seramai 2,600 orang dalam tempoh sebulan pertama penubuhannya.
 
Malah beliau juga berkata partinya terbuka untuk menjalinkan kerjasama dengan mana-mana parti lain yang sedia menerima asas perjuangannya demi kepentingan rakyat Sabah.
 
Diajukan hal itu, Shafie yang juga Ahli Parlimen Sempoerna terbuka kepada sebarang kerjasama yang bertujuan menumbangkan Umno-Barisan Nasional (BN).
 
"Yang penting saya hendak bekerjasama dengan parti yang mahu menumbangkan Umno-BN. Kalau ada parti tempatan tetapi mesra kepada BN, tidak gunalah," ujarnya.
 
Shafie sebelum ini pernah menjadi sasaran kritikan pembangkang, apabila seorang demi seorang wakil rakyat dan ahli politiknya berpaling tadah dan menyertai parti baru Warisan itu.  
 
 

Tiada ulasan: