PETALING JAYA: Suspek warga Korea Utara yang ditahan berhubung kes
pembunuhan Kim Jong-nam akan dihantar ke negaranya pada Jumaat.
Peguam Negara, Tan Sri Mohamed Apandi Ali mengesahkan Ri Jong-chol yang
ditahan pada 18 Februari lalu akan dibebaskan daripada tahanan polis
selepas tempoh tahanan reman keduanya tamat dan akan dihantar pulang ke
Korea Utara.
"Dia tidak akan didakwa di sini kerana tiada bukti kukuh terhadapnya,"
katanya kepada The Star Online ketika dihubungi pada Khamis.
Apandi berkata, Jong-chol yang ditahan di kondominium di Jalan Kuchai
Lama akan dihantar pulang kerana tidak memiliki dokumen sah.
Suspek itu yang dikatakan pakar kimia sepatutnya bekerja di bahagian
teknologi maklumat Tombo Enterprise Sdn Bhd, syarikat yang mengeluarkan
produk makanan tambahan bagi pencegahan kanser di Cheras.
Beliau yang berkelulusan dalam bidang sains dan perubatan dari
universiti di Korea Utara pada 2000. Selepas 10 tahun dia bekerja
sebagai di pusat penyelidikan di Kolkata, India sehingga 2011.
Jong-chol berkawan dengan seorang daripada empat lagi lelaki warga Korea Utara yang dipercayai dalang pembunuhan Jong-nam.
Empat lelaki itu adalah Ri Ji-hyon, 33; Hong Song-hac, 34; O Jong-gil, 55 dan Ri Jae-nam yang masih diburu polis.
Keempat-empat lelaki itu dipercayai telah melarikan diri dari negara
ini dan pulang ke Pyongyang sebaik Jong-nam dibunuh di KLIA2 pada 13
Februari lalu.
Dua wanita yang menggunakan agen saraf VX untuk membunuh Jong-nam iaitu
warga Vietnam, Doan Thi Huong dan rakyat Indonesia, Siti Aisyah didakwa
membunuh di Mahkamah Majistret Sepang pada Rabu.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan