ANTARAPOS.COM
SHAH ALAM: Amanah alu-alukan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM)
sertai Pakatan Harapan (PH) namun permintaan untuk menukar nama, logo
dan manifesto akan dibincangkan kemudian, kata Timbalan Presiden Amanah,
Salahuddin Ayub.
Presiden PPBM, Tun Dr Mahathir Mohamad sebelum ini menyatakan partinya
berhasrat untuk menyertai PH namun meminta agar diadakan perubahan
membabitkan nama, logo dan manifesto PH.
"Amanah mengalu-alukan hasrat Tun Mahathir yang mewakili BERSATU yang mahu menjadi sebahagian Pakatan Harapan.
"Kita alukan hasrat itu. Tentang logo, manifesto, nama, itu boleh bincang nanti di peringkat Majlis Presiden.
"Bagi saya, kita menerima hasrat BERSATU untuk bersama HARAPAN kerana
mudah bagi rakyat buat pilihan dalam pilihan raya umum akan datang,"
katanya.
Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas menyerahkan memorandum di Bukit Aman.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan