GEORGE TOWN: Kerajaan DAP Pulau Pinang belum membuat keputusan muktamad
berhubung permohonan pihak pemaju untuk menurunkan harga siling rumah
di negeri ini untuk warganegara asing.
Exco Perumahan, Perancangan Bandar dan Desa negeri Jagdeep Singh Deo
berkata pihak pemaju ada mengemukakan cadangan meminta menurunkan harga
siling rumah untuk warganegara asing, ekoran keadaan ekonomi kurang
memuaskan.
"Pihak pemaju meminta untuk mengurangkan harga siling bagi rumah
berstrata kepada RM800,000...sebelum ini harga siling bagi rumah
bertanah adalah RM2 juta, manakala bagi rumah jenis berstrata ialah RM1
juta.
"Levi sebanyak tiga peratus di atas harga jualan (rumah) juga minta
dikurangkan tapi belum ada keputusan muktamad dibuat kerana kami perlu
meneliti alasan dan justifikasi pihak berkepentingan terlebih dahulu,"
katanya pada sidang media, Selasa.
Ahad lepas, Timbalan Pengerusi Gerakan Pulau Pinang, Oh Tong Keong yang
membuat kenyataan berhubung perkara itu, turut mendakwa kerajaan negeri
akan menurunkan cukai tiga peratus untuk jualan bangunan industri
bernilai RM1.3 juta kepada 1.5 peratus bagi menggalakkan pembelian dalam
kalangan warganegara asing dan merangsang pertumbuhan ekonomi negeri.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan