ANTARAPOS.COM
KUALA LUMPUR: Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) menafikan coklat
"Eyeglass With Candy" mengandungi bahan ramuan daripada sumber haram
seperti yang tersebar di media sosial.
Bahagian Hab Halal Jakim berkata coklat berbentuk bulat dengan pelbagai
warna keluaran Goodfood Industries Sdn Bhd itu adalah pemegang Sijil
Pengesahan Halal Malaysia (SPHM) yang masih sah sehingga kini.
"Salah faham timbul apabila pengguna tidak memerhati dengan jelas label
sebenar yang tertera 'free from pig's products and its derivatives'
(bebas daripada produk babi dan asal usulnya)," katanya dalam kenyataan
hari ini.
Menurut kenyataan itu proses pengeluaran sijil berkenaan mengambil kira
setiap ramuan dan proses berkaitan pengeluaran sesuatu produk dengan
teliti, oleh pakar syariah dan teknologi makanan.
Justeru, Jakim menasihatkan orang ramai untuk menjadi pengguna bijak
bagi mengelak menyebar dan menular sesuatu isu yang bersifat fitnah
tanpa disedari.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan