shahbudindotcom
1.
Ya.Kami akan tubuhkan sebuah parti baru. Parti Bebas Rasuah. Sebuah
parti yang akan berjuang kearah satu matlamat - memerangi rasuah dan
hanya rasuah habis-habisan. Parti ini berbentuk sebuah parti dengan satu
objektif sahaja.( a one single objective party)
2.
Tumpuan parti ini bukan kepada pembentukan kuasa sepertimana kebiasaan
parti2 politik lain. Tumpuan parti ini ialah kepada proses
penyalahgunaan kuasa (abuse of power) bukan kepada proses pembentukan
kuasa.
3. Oleh yang demikian parti ini akan
terus menjadi sebuah parti yang kecil.Parti kecil yang fokus kepada satu
isu. (An issue based party). Parti akan hilang tumpuan kepada isu
apabila ia menjadi besar.Parti yang besar juga akan menyebabkan ianya
tertumpu kepada perebutan kuasa. Justeru, Parti ini tidak boleh dan
tidak akan menjadi parti besar.
4. Sejarah
dunia banyak menyaksikan kejayaan beberapa parti yang terus kekal kecil
dan kekal komited kepada hanya satu objektif. Kejayaan parti seperti ini
bukan diukur kepada berapa orang Perdana Menteri yang dilahirkan parti
itu tetapi berapa Perdana Menteri yang gugur kerana fokus parti kecil
kepada isu besar negara.
5. Apakah isu besar
Malaysia hari ini? Seluruh dunia tahu ianya berkisar soal rasuah dan
salahguna kuasa. Puluhan billion sudah dilesapkan oleh pencuri2 yang
dilindungi oleh Perdana Menteri dan isteri. Ratusan billion lagi akan
lenyap dari khazanah negara sekiranya kita tidak bangkit dan fokus
menumbangkan PM ini yang kerjanya setiap hari adalah mencuri dan
melindungi pencuri. Ini bukan kesah dongeng. Serata dunia kes kecurian
besar2an ini didedahkan. Hanya d Malaysia kes ini ditutup kerana dasar
kerajaan Najib adalah dasar melindungi pencuri. Dalam bahasa moden ianya
disebut kerajaan kleptokrat.
6. Tanggungjawab
kita untuk bangkit menentang kejahatan ini. Kami tubuhkan parti ini atas
rasa tanggungjawab ini.Justeru ianya bukan soal politik. Ianya
persoalan tanggungjawab kita kpd negara tercinta ini.
Tanggungjawab ini juga bertitik tolak daripada firman Allah swt didalam AlQuran.
(فَلَوْلَا
كَانَ مِنَ الْقُرُونِ مِنْ قَبْلِكُمْ أُولُو بَقِيَّةٍ يَنْهَوْنَ عَنِ
الْفَسَادِ فِي الْأَرْضِ إِلَّا قَلِيلًا مِمَّنْ أَنْجَيْنَا مِنْهُمْ ۗ
وَاتَّبَعَ الَّذِينَ ظَلَمُوا مَا أُتْرِفُوا فِيهِ وَكَانُوا
مُجْرِمِينَ)
[Surat Hud 116]
Maka
sepatutnya ada di antara umat yang telah dibinasakan dahulu daripada
kamu itu, orang-orang yang berkelebihan akal fikiran yang melarang
sesama mereka dari perbuatan-perbuatan jahat di muka bumi tetapi sayang!
Tidak ada yang melarang melainkan sedikit sahaja, iaitu orang-orang
yang Kami telah selamatkan di antara mereka. Dan org2 yang tidak
melarang itu ialah kerana mrk menitik beratkan segala kemewahan yang
diberikan kepada mereka dan menjadilah mereka orang-orang yang berdosa.
7.
Kami tidak mahu termasuk golongan orang2 yang berdosa seperti didalam
firman Allah itu. Maka kami bertekad menjadi kelompok yang akan
memerangi mereka yang melakukan kejahatan. Saya sendiri akan mengetuai
perjuangan ini berdepan dengan Najib dimana sahaja beliau bertanding.
Dato Seri Khairudin telah nyatakan kesediaan bersama memimpin parti ini
dan sedia berdepan dengan menteri yang bertanggungjawab menjaga hal
ehwal kewangan negara.
8. Fokus kami ialah
kepada Kementerian Kewangan kerana disinilah lubuk kejahatan salahguna
kuasa. 1MDB dan SRC hanya sebahagian daripadanya. Jauh lebih besar
adalah kejahatan yang berlaku dimana kesemua tender kerajaan diputuskan
di Kementerian Kewangan dimana hanya Menteri Kewangan yang boleh
mempengerusikan dan meluluskannya. Parti baru ini akan fokus dan
membongkar lubok kejahatan salahguna kuasa ini.
9.
Inilah komitmen parti baru ini. Saya, Khairudin dan beberapa lagi
aktivis yang pernah merengkok di penjara didalam perjuangan melawan
rasuah akan mempeloporinya. Kami akan dan sedia bekerjasama dengan
sesiapa sahaja yang berjuang melawan kejahatan ini.
10.
Maklumat khusus parti, nama, protem dll akan kami kongsikan setelah
segala urusan berkaitan dengan Pendaftar Pertubuhan selesai. Insha
Allah.
11. Hanya kepada Allah kami berazam dan bertawakkal.
Sekian.
MOHAMAD EZAM MOHD NOR
Jumaat, 17.3.17 bersamaan 18 JamadilAkhir 1438H
Tiada ulasan:
Catat Ulasan