ANTARAPOS.COM
PETALING JAYA: Sebagai pemimpin pakatan pembangkang dalam dua Pilihan
Raya Umum (PRU) lalu, Datuk Seri Anwar Ibrahim yang paling sesuai
menamakan individu bakal mengetuai perjuangan menentang Barisan Nasional
(BN) dalam PRU14, kata Datuk Zaid Ibrahim.
Bekas menteri itu berkata sokongan bekas pemimpin PKR ini boleh
membantu mengukuhkan lagi gabungan barisan pembangkang yang sedia kukuh
dan dipercayai sebelum ini.
“Saya percaya Anwar akan mengambil kira semua faktor yang diperlukan
untuk menang dalam pilihan raya dan mengambil langkah yang sesuai untuk
memastikan beliau akan mengambil alih jawatan perdana menteri apabila
tiba masanya nanti.
“Tetapi, Anwar mesti bertindak sekarang sebelum kita bazirkan masa yang
hanya tinggal beberapa bulan saja lagi, daripada kita bercakap perkara
yang tidak penting,” kata bekas menteri di Jabatan Perdana Menteri itu
dalam kenyataan di blognya hari ini.
Zaid berkata pengumuman Anwar itu nanti, mampu meningkatkan keyakinan
pengundi kerana sebagai seorang pemimpin, beliau mungkin penyebab kepada
kemenangan pihak pembangkang.
“Kita perlu memberi inspirasi kepada gelombang keterujaan baharu dan
meraih kepercayaan di kalangan pengundi, pilihan raya kali ini perubahan
yang sebenar,” katanya.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan