KUALA LUMPUR:
Pertambahan bilangan penduduk khususnya orang Melayu yang beragama Islam
mampu mengekalkan reputasi UMNO selaku parti yang paling lama
memerintah di negara ini.
Ahli Majlis Tertinggi UMNO, Datuk Seri
Tajuddin Abdul Rahman menyeru, agar ahli UMNO menambah bilangan zuriat
keluarga masing-masing kerana bilangan penduduk yang ramai mampu memberi
kesan kepada kelangsungan ekonomi dan politik orang Melayu.
“Saya menggalakkan ibu-ibu muda yang
produktif agar menambah bilangan zuriat masing-masing supaya ahli UMNO
bertambah ramai sekali gus menyahut hasrat kerajaan yang menyasarkan 70
juta penduduk di negara ini pada masa akan datang,” katanya.
Beliau berkata demikian dalam sidang
akhbar selepas merasmikan Festival Berendoi, Marhaban dan Bertahnik
anjuran Kelab Perintis dan Media Kreatif Pergerakan Puteri UMNO Bahagian
Cheras di sini hari ini.- Utusan Online
Tiada ulasan:
Catat Ulasan