MALAYSIAKINI
Ketua Pemuda BERSATU Syed Saddiq Syed Abdul Rahman hari ini meluahkan perasaan bencinya terhadap anggota parti itu yang berpaling tadah kembali kepada Umno.
Dalam tulisannya yang seperti bermadah di Facebook, bekas juara debat Asia itu menegaskan pergerakan dipimpinnya bukan tempat untuk pihak yang mengidamkan wang dan kuasa.
“Keluarlah kamu sebelum kami mentadbir negara. Kita tidak perlukan mereka yang senang kecundang di tangan perasuah.
“Ada kebaikan di sebalik pengkhianatan ini. Proses pembersihan sudah bermula,” katanya.
Kenyataan itu dibuat beberapa jam selepas pengerusi parti itu Tun Dr Mahathir Mohamad mendakwa di blog bahawa terdapat anggota Pemuda BERSATU ditawarkan sehingga RM50,000 untuk meninggalkan parti.
Sementara itu, Syed Saddiq dalam tulisannya juga menyatakan perasaan sedihnya kepada “kawanku yang sudah pun tewas kerana nafsukan dedak”.
“Dulu mereka sendiri yang maklumkan kepada saya dan rakan-rakan yang lain bahawa 'dedak dedak Umno' telah pun ditawarkan pada mereka.
“Mungkin mereka ingat kami akan cuba tawarkan jumlah dedak yang lebih besar untuk mengekalkan mereka.
“Minta maaf, BERSATU bukan tempat untuk penerima dedak,” katanya sambil menegaskan perjuangan untuk negara lebih besar daripada perjuangan parti, apatah lagi perjuangan peribadi.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan