shahbudindotcom
Hasil
cadangan Pasukan Petugas Khas yang menyiasat berhubung kerugian
urusniaga matawang asing pada 1980an dan 1990an, kabinet semalam telah
bersetuju menubuhkan Suruhanjaya Diraja bagi meneruskan siasatan
mengenai perkara itu.
Menurut
kenyataan Pejabat Perdana Menteri, keputusan menubuhkan Suruhanjaya
Diraja kerana mendapati wujud elemen menyembunyikan fakta sebenar
kerugian dengan mengemukakan maklumat yang bertujan mengelirukan Jemaah
Menteri dan Parlimen.
Dengan
penubuhan Suruhanjaya Diraja itu diharap mampu merungkai isu yang
membelenggu negara sejak 23 tahun lalu, kata kenyataan Perdana Menteri
lagi.
Satu-satunya
fakta mengapa kerajaan UMNO dan BN pimpinan Najib Razak menubuhkan
Pasukan Petugas Khas dan kemudian Suruhanjaya Diraja ini ialah kerana
kritikan serta serangan berterusan Tun Mahathir Mohamad terhadapnya,
khususnya berhubung skandal kewangan 1MDB yang sudah berlarutan sejak
lebih 2 tahun yang lalu.
Jika
Tun Mahathir tidak menyerang Najib, tidak keluar UMNO, tidak menubuhkan
Bersatu dan tidak bersama dengan Pakatan Harapan sekarang ini, pasti
tidak diwujudkan Suruhanjaya Diraja berkenaan.
Lebih
jelas, penubuhannya adalah usaha untuk mengenakan Tun Mahathir dengan
harapan Najib, UMNO dan BN terus menang dan berkuasa lagi selepas
pilihanraya umum akan datang.
Ia
juga suatu paparan yang jelas bahawa Najib begitu gerun untuk berdepan
dengan pengaruh Tun Mahathir yang telah menubuhkan Bersatu dan kini
bersama-sama dengan Pakatan Harapan untuk memberi cabaran kepadanya
melalui pertimbangan kuasa rakyat.
Suruhanjaya
Diraja itu tidak lain adalah sebagai tindak balas dan mengalih
pandangan untuk menutup skandal 1MDB yang paling nyata berada di depan
mata serta penyiasatan antarabangsa turut mendapati melalui syarikat
pelaburan itulah munculnya isu RM2,600 juta dalam akaun peribadi Najib,
SRC International dan hiruk-pikuk lain yang melibatkan Jho Low, Rosmah
Mansor dan Riza Aziz.
Lantaran
penyiasatan dalam negara tidak berjalan atau terlalu perlahan dengan
berlakunya pelbagai pemecatan kepada mereka yang bersuara serta bertanya
soalan, yang didesak oleh pelbagai pihak agar ditubuhkan Suruhanjaya
Diraja ialah berkaitan 1MDB.
Tambahan
lagi, dalam kerugian urusniaga matawang tersebut tidak terdengar, jauh
sekali terbukti Perdana Menteri ketika itu didapati ada mempunyai
berbilion-bilion ringgit dalam akaun peribadinya.
Tetapi,
Najib bukan saja menutup mata dan memekakkan telinga terhadap desakan
itu, malah tanpa segan dan malu juga mengOSAkan laporan audit mengenai
1MDB itu.
Maka,
walaupun skandal 1MDB ini sudah berbau ke seluruh dunia dengan pelbagai
negara sudah melakukan penyiasatan serta menjatuhkan hukuman dan yang
paling mengaibkan ialah pelbagai pendedahan di sebalik saman sivil untuk
merampas hartanah dan pelbagai aset lain oleh DOJ Amerika Syarikat,
semuanya cuba ditutup rapi dan tiada tindakan diambil setakat ini.
Di
ketika Pasukan Petugas Khas menyiasat mengenai urusniaga matawang
tersebut dan difahami tujuannya untuk mengenakan Tun Mahathir, tetapi
bekas Perdana Menteri selama 22 tahun itu tidak dipanggil sama sekali
untuk memberi keterangannya.
Sebaliknya,
Anwar Ibrahim yang dipanggil oleh Pasukan Petugas Khas untuk memberi
keterangannya sudah dapat menghidu tujuan mengenakan Tun Mahathir itu
berdasarkan soalan-soalan yang ditujukan kepadanya.
Mereka
mahu menggunakan saya untuk menyerang Tun Mahathir, tetapi saya tetap
memberitahu bahawa kerajaan tidak boleh menggunakan ini untuk
menyalahkan Tun Mahathir semata-mata, tegas Anwar lagi.
Bahkan,
bekas Timbalan Perdana Menteri itu juga konsisten dengan kenyataannya
bahawa yang bertanggungjawab terhadap kerugian urusniaga matawang itu
ialah Nor Mohamed Yakcob yang kini menjadi Timbalan Pengerusi Khazanah
Nasional, cabang pelaburan utama kerajaan.
Pengerusi Khazanah ialah Najib sendiri selaku Perdana Menteri.
Anwar
turut memberitahu, berikutan beban pertanggungjawaban kepada Nor
Mohamed Yakcop itu, beliau bukan saja kemudiannya diarah meletakkan
jawatan daripada Bank Negara, malah tidak dibenarkan daripada terlibat
dalam mengendalikan kewangan negara.
Bagaimanapun,
tambah Anwar, ketika Tun Abdullah menjadi Perdana Menteri, Nor Mohamed
Yakcop telah diilantik sebagai Menteri Kewangan Kedua.
Berdasarkan semua itu, kita sudah boleh menjangka hasil siasatan Suruhanjaya Diraja itu nanti.
Tidak
mustahil, sebagaimana Tun Mahathir tidak dipanggil oleh Pasukan Petugas
Khas untuk memberi keterangannya, beliau juga mungkin tidak diperlukan
mengadap Suruhanjaya Diraja itu.
Bagaimana
cepatnya Suruhanjaya Diraja itu dipersetujui untuk ditubuhkan, hasilnya
juga barangkali akan dikeluarkan sebelum Parlimen dibubarkan.
Tetapi,
apa pun hasilnya nanti, sementara yang cuba dicari ialah bangkai nyamuk
di seberang laut, bau yang menusuk kalbu daripada gajah mati di depan
mata tentulah tidak mudah untuk diwangikan begitu saja.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan