Datuk Wira Azhar Abdul Hamid
menafikan khabar angin bahawa beliau akan menggantikan Datuk Zakaria
Arshad sebagai ketua pegawai eksekutif Felda Global Ventures Holdings
Bhd (FGV).
Bagaimanapun, beliau berkata beliau akan mempertimbangkan perkara berkenaan sekiranya diminta membantu syarikat bermasalah itu.
“Jika saya diminta untuk membantu, sudah
tentu saya akan pertimbangkan kerana kebimbangan Felda dan
penerokanya,” katanya ketika dihubungi oleh NST Business hari ini.
Terdahulu, Zakaria dilaporkan akan
digantikan selepas Tan Sri Mohd Isa Samad meninggalkan anak syarikat
Felda itu, Isnin lalu selaku presiden dan pengerusi FGV.
Menurut laporan The Edge Financial Daily, Azhar yang semalam meletakkan jawatan sebagai pengarah urusan Malakoff Corporation Bhd, dijangka menggantikan Zakaria.
Azhar hanya berkhidmat di Malakoff
selama lebih sebulan sebelum diantik ke jawatan baru itu. Sumber akhbar
itu mengatakan bahawa Azhar memiliki latar belakang dalam sektor
perladangan dan sesuai menggalas tugas tersebut.
“Kerajaan sedang mencari individu yang
bebas, berkebolehan dan memiliki pengetahuan mendalam di sektor
perladangan untuk memimpin FGV dan Azhar nampaknya sesuai,” sumber itu
dipetik berkata.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan