Timbalan Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Datuk Ahmad Maslan hari ini memuji Tenaga Nasional berhubung video Hari Raya, yang memaparkan seorang wanita melakukan dua pekerjaan.
“Terima kasih TNB promosi #2kerja (masa lapang, jual kuih, guna online). Video yg sangat menarik!” tulisnya di Twitter hari ini.
Iklan itu memaparkan seorang wanita yang melakukan pekerjaan kedua sebagai menjual kuih raya dan kek menjelang Aidilfitri bagi membeli hadiah untuk keluarganya.
Dia melalui pelbagai ujian dan kesukaran yang melucukan sebelum akhirnya sampai ke rumahnya untuk Hari Raya, tetapi hampa hadiah kerana hadiah itu tertinggal kerana kecuaiannya.
Bagaimanapun, ibunya mengingatkan bahawa apa yang lebih penting adalah bersama dengan orang yang tersayang berbanding harta benda dan cerita itu berakhir dengan semua mereka tersenyum gembira.
Ahmad menggunakan video itu untuk membuktikan kewajaran cadangannya pada Disember 2015 bahawa rakyat negara ini perlu melakukan lebih daripada satu pekerjaan untuk menampung kos hidup mereka.
Dalam tweetnya, timbalan menteri itu mencatatkan bagaimana beliau dibidas kerana membuat cadangan berkenaan.
Ketika itu, Ahmad berkata dirinya memegang tiga pekerjaan - timbalan menteri, ahli parlimen dan ketua penerangan Umno - diikuti oleh hashtag #2kerja.
Bagaimanapun kenyataannya tidak disambut baik oleh warga maya yang mempersendakannya manakala beberapa kesatuan sekerja mengingatkannya bahawa melakukan dua pekerjaan akan membawa kepada masalah kesihatan dan keluarga.
LIHAT VIDEO DI SINI
Tiada ulasan:
Catat Ulasan