HALAMAN SANTAI

Jumaat, 23 Jun 2017

Masjid liberal, masjid gay adalah simbol agama baharu

Masjid gay pula adalah satu pengisytiharan perbuatan maksiat dosa besar

Mohd Hazizi Ab Rahman

MEREKA yang mengasaskan masjid liberal, dikira mengasaskan agama baharu. Ini kerana penyembahan kepada Allah yang Esa diambil kaedah dan caranya daripada Rasulullah S.A.W.

Kalimah syahadah yang kedua; Muhammad itu Pesuruh Allah, memberi erti bahawa cara dan kaedah penyembahan atau ibadah mesti menurut yang ditunjukkan oleh Rasulullah S.A.W.

Kalimah syahadah yang kedua itu menuntut setiap muslim agar mematuhi cara dan kaedah ibadah Rasulullah S.A.W.

Solat berjamaah berimamkan lelaki jika ada makmum lelaki dan sof tidak bercampur lelaki dan perempuan adalah cara yang ditunjukkan oleh Rasulullah S.A.W.

Ijmak para sahabat dan para ulama, di sepanjang zaman, bahawa itulah cara solat berjamaah Rasulullah S.A.W.

Apabila sabit dengan ijmak, maka ia wajib dipatuhi. Tiada khilaf dalam isu ini.

Jika perbuatan menyalahi kaedah dan cara solat berjamaah Rasulullah S.A.W. itu (yang sabit dengan ijmak), dibuat dengan sengaja, bukan kerana jahil, maka yang demikian adalah perbuatan bid’ah sesat dan menyanggah pengertian kalimah syahadah yang kedua.

Bahkan, sebenarnya ia sudah melampau kerana merampas hak Allah dalam mensyariatkan agama Islam, kerana Rasulullah S.A.W. sendiri hanya menerima wahyu dan arahan kaifiat solat berjamaah itu. Baginda bukan pencipta cara ibadah.

Masjid gay pula adalah satu pengisytiharan perbuatan maksiat dosa besar.

Perbuatan hubungan seks sejenis itu sabit sebagai satu maksiat bertaraf dosa besar melalui ijmak para sahabat dan para ulama, di sepanjang zaman.

Orang yang melakukan hubungan sejenis secara senyap-senyap adalah dikira melakukan maksiat dosa besar.

Manakala orang yang mengisytiharkan maksiat dosa besarnya itu adalah sebenarnya memerangi Allah Taala secara terbuka.

Lebih teruk daripada itu, mengaitkan masjid dengan gay, adalah satu usaha yang jelas untuk menghalalkan satu perkara haram yang telah sabit secara ijmak.

Kedua-dua golongan ini mengisytiharkan penolakan mereka terhadap autoriti Allah Taala dalam mensyariatkan agama Islam.

Pengasas masjid liberal menolak autoriti Allah Taala (hak hakimiyah) dalam soal kaedah dan cara ibadah solat berjamaah yang telah sabit dengan ijmak.

Pengasas masjid gay pula menolak autoriti Allah Taala dalam soal pengharaman hubungan seks sejenis yang telah sabit dengan ijmak.

Menolak dengan sengaja autoriti Allah Taala (hak hakimiyah), adalah satu kekufuran.

Serentak dengan penolakan itu, mereka mencipta agama baharu, yang tersimbol pada dua masjid; liberal dan gay.

Semoga mereka belum terlambat untuk bertaubat.

Nota:

1) Menolak, dari sudut iktikad, sesuatu yang telah sabit dengan ijmak, hukumnya kufur. Contohnya iktikad bahawa solat fardhu lima waktu itu tidak wajib dan iktikad bahawa tidak semestinya imam lelaki apabila ada makmum lelaki dan tidak semestinya lelaki dan perempuan diasingkan dalam sof.

2) Ada kaifiat dan cara yang tidak sabit dengan ijmak, terdapat khilaf, seperti bacaan doa qunut solat subuh, maka implikasi perlanggarannya tidak seserius sesuatu kaifiat dan cara yang sabit dengan ijmak.


PPBM harap Dr M dilantik pengerusi Pakatan

 | June 23, 2017
PPBM bagaimanapun bersedia menerima sebarang keputusan atas prinsip musyawarah.
ppbmPETALING JAYA: PPBM hari ini menafikan ia cuba mendominasi Pakatan Harapan (PH) dengan menuntut jawatan tertinggi presiden dan pengerusi gabungan itu, sebaliknya berkata bersedia berkompromi melalui perbincangan dengan 3 rakan komponen lain.
Ketua Penerangan PPBM, Datuk Kamarudin Md Nor berkata parti itu kini cuma mencadangkan agar jawatan pengerusi PH diberikan kepada Pengerusi PPBM, Tun Dr Mahathir Mohamad.
“Cadangan asal PPBM untuk meletakkan Tan Sri Muhyiddin Yassin sebagai presiden PH adalah untuk memantapkan kepimpinan PH secara keseluruhannya dalam menghadapi PRU 14 berasaskan pengalaman luasnya menerajui jentera pilihan raya.
“Namun PPBM sedia berkompromi bagi jawatan presiden PH atas semangat musyawarah,” katanya.
Kamaruddin berkata partinya sudah menyampaikan cadangan itu pada mesyuarat PH pada 9 Jun, dan bersedia menerima sebarang keputusan sekiranya ia dipersetujui sebulat suara oleh parti lain.
PH turut dianggotai PKR, DAP dan Amanah. Gabungan itu berhasrat menyertai PRU akan datang menggunakan logo sama.
Semalam, Presiden PKR, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail berkata gabungan itu terpaksa menunda tarikh pendaftarannya sehingga selesai beberapa keputusan menyentuh struktur organisasi.

Tiada ulasan: