KUALA LUMPUR: Bank Negara Malaysia (BNM) akan memberi kerjasama penuh
kepada suruhanjaya siasatan diraja (RCI) dalam menyediakan maklumat
berkaitan kerugian pasaran tukaran asing (forex)
Dalam satu kenyataan hari ini, BNM berkata ia akan memberikan maklumat seperti yang dikehendaki undang-undang.
BNM menyambut baik pembentukan RCI oleh kerajaan untuk menyiasat secara
bebas kerugian forex dan menyelesaikan peristiwa yang berlaku lebih 25
tahun lepas.
“Di mana-mana negara, kesahihan, integriti dan kredibiliti bank pusat
sangat penting dalam mengekalkan keyakinan orang ramai dalam sistem
kewangan yang kukuh dan ekonomi yang stabil,” kata BNM.
Bank pusat berkata ia memberi jaminan kepada orang ramai dan pasaran
kewangan yang ia tidak akan terganggu daripada menjalankan kewajipan
negara dalam melaksanakan mandatnya.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan