Pulai
adalah salah satu parlimen yang akan ditandingi oleh Parti Amanah
Negara (AMANAH) pada Pilihanraya Umum ke 14 (PRU14) akan datang.
Persediaan bagi menghadapi PRU semakin hangat dengan pelncaran bilik gerakan di Perling Johor Baharu.
Salahuddin Ayub ketika berucap dalam program ceramah
Perasmian Bilik Gerakan Pakatan Harapan (PH), beliau memaklumkan
berkenaan dengan semangat untuk berhadapan dengan PRU akan datang.
“Pelancaran ini adalah suatu dorongan serta pemangkin moral kepada rakyat.
“Perlawanan akan terus semarak dengan jentera yang kita sediakan bagi memenangi kerusi di Parlimen (P161) Pulai,” ujar beliau.
Mengulas lanjut perkara itu, Salahuddin ketika dihubungi menyatakan kesediaan beliau untuk meraikan demokrasi di parlimen ini.
“Saya melihat ada yang merancang untuk melihat saya gagal di parlimen , tapi kita akan tengok apa yang rakyat mahu.”
“Ini negara demokrasi dan saya yakin rakyat hari ini
sudah bijak untuk memilih. Mereka tahu apa yang mereka mahu dan
gelombang rakyat ini tidak dapat dihalang lagi,” Salahuddin Ayub.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan