HALAMAN SANTAI

Rabu, 25 April 2018

PKR gugur penyandang Teluk Kemang selama dua penggal

ANTARAPOS
 
Post Pic
 
 
PETALING JAYA: PKR menggugurkan Datuk Kamarul Baharin Abbas daripada Parlimen Teluk Kemang yang kini dikenali sebagai Port Dickson dan menggantikannya dengan Rosman Jonet yang kalah di kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Linggi pada 2013.
 
Rosman akan menentang calon PAS, Mahfuz Roslan dan calon Barisan Nasional (BN) yang juga bekas exco Negeri Sembilan, Datuk VS Mogan yang tewas kepada Kamarul pada 2013.
 
Kamarul memenangi kerusi Parlimen Teluk Kemang dengan majoriti 2,804 undi pada 2008.
 
Kamarul berjaya mempertahankan kerusi itu pada 2013 dengan kelebihan 1,185 undi selepas mengalahkan Mogan yang memperoleh 28,269 undi dan calon Bebas, Datuk Seri Kamaruddin Kumaravel Abdullah yang mendapat 394 undi.
 
PKR hari ini turut menamakan Roseli Abdul Gani untuk mencabar penyandang Parlimen Rembau yang juga Ketua Pemuda BN, Khairy Jamaluddin dan calon PAS, Mustafa Dolah.
 
Khairy memperoleh 43,053 undi mengalahkan calon PKR, Radzali A Ghani yang meraih 24,696 undi dan calon Bebas, Abdul Aziz Hassan yang memperoleh 325 undi.
 
Bagi kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN), PKR dalam kenyataan hari ini menyenaraikan 12 calon untuk bertanding di Negeri Sembilan yang diketuai Pengerusi Pakatan Harapan negeri, Aminuddin Harun di DUN Sikamat melawan calon PAS, Rahim Yusof dan personaliti program motivasi, Syamsul Amri Ismail atau Syamsul Debat daripada BN.
 
Berikut senarai penuh calon PKR di Negeri Sembilan:
 
Kerusi Parlimen
 
Rembau: Roseli Abdul Gani
 
Port Dickson: Rosman Jonet
 
Kerusi DUN
 
Sungai Lui: Zainal Fikri Abd Kadir
 
Jeram: S Musliadi Sabtu
 
Sikamat: Aminuddin Harun
 
Ampangan: Mohamad Rafie Ab Malek
 
Juasseh: Rosli Omar
 
Pilah: Mohamad Nazaruddin Sabtu
 
Labu: Ismail Ahmad
 
Rantau: Streram Sinnasamy
 
Chuah: Yek Diew Ching
 
Linggi: Rusli Abdullah
 
Sri Tanjung: Ravi Munusamy
 
Gemas: Baharuddin Arif Siri
 
 

Tiada ulasan: