WAWANCARA | The Straits Times Singapura melaporkan bulan lalu bahawa beberapa pemimpin Pakatan Harapan (HARAPAN) telah berselisih faham dengan Majlis Penasihat Kerajaan (CEP), terutamanya mengenai perubahan kakitangan penting dalam kerajaan.
Mereka dari pembangkang juga menimbulkan isu mengenai peranan CEP dalam proses membuat keputusan apabila Anggota Parlimen Rembau Khairy Jamaluddin menyebutnya sebagai "badan yang tidak dipilih dan tidak dapat dipertanggungjawabkan"..
Walaupun mandat 100 hari itu tamat pada 20 Ogos, Tun Dr Mahathir Mohamad memberitahu Malaysiakini dalam satu wawancara bahawa majlis penasihat itu mesti meneruskan peranan mereka.
Beliau juga menafikan laporan bahawa CEP campur tangan di kementerian tertentu.
"Kita perlu teruskan, kerana kita mempunyai banyak kerja untuk dilakukan, tetapi ada perkara yang saya tidak boleh lakukan.
"Saya tidak boleh mewawancara orang, bertanya mereka mengenai latar belakang mereka dan melakukan penyelidikan dan semua itu.
"Mereka perlu menjalankan kerja mereka, tetapi mereka telah melakukan kerja mereka. Mandat mereka untuk memaklumkan saya tentang penemuan mereka. Saya bertindak, dan kadang-kadang saya bertindak mengikut apa yang mereka cadangkan," katanya.
Pengaruhi bukan masuk campur
Majlis itu, yang dibentuk beberapa hari selepas pilihan raya umum 9 pada Mei, terdiri daripada bekas menteri kewangan Tun Daim Zainuddin, bekas gabenor Bank Negara Tan Sri Zeti Akhtar Aziz, bekas presiden Petronas Tan Sri Mohd Hassan Marican, pakar ekonomi, Jomo Kwame Sundaram dan jutawan, Tan Sri Robert Kuok.
Dalam wawancara bersama Malaysiakini, Mahathir berkata tidak semua cadangan majlis itu diambil dan menegaskan keputusan akhir masih dibuat oleh beliau selaku perdana menteri.
"Mereka tidak campur tangan dalam kerajaan. Mereka berkomunikasi dengan saya, yang dalam terma rujukan mereka. Mereka ada menasihatkan saya apa yang perlu dilakukan dan bagaimana untuk melakukan perkara-perkara ini," katanya.
Misalnya, Mahathir berkata majlis itu mempunyai hak untuk menasihati beliau bagi melantik anggota parti di institusi utama.
Untuk itu, katanya, mereka mempengaruhi kerajaan tetapi tidak mengganggu urusan kerajaan.
Menjelang pembubaran CEP pada masa depan, beberapa anggotanya telah dilantik bagi jawatan tertentu.
Zeti dilantik menggantikan Tan Sri Abdul Wahid Omar sebagai pengerusi Sime Darby Property Bhd dan Permodalan National Bhd pada bulan Julai.
Ahli ekonomi Muhammed Abdul Khalid, yang mengetuai sekretariat CEP, akan berkhidmat sebagai penasihat ekonomi Mahathir bermula Isnin.
Manakala Pengerusi CEP, Daim juga dijadikan penasihat kerajaan.
'Mereka taat kepada Najib seperti hamba'
Mahathir juga mengatakan salah satu sebab mengapa beliau mahukan majlis itu meneruskan peranan penasihatnya adalah kerana pendahulunya, Datuk Seri Najib Razak telah melemahkan peranan penjawat awam.
Ini, katanya menjadi sebab mengapa perlu kerajaan distruktur semula, yang tidak dilakukannya ketika beliau mula mengangkat sumpah sebagai perdana menteri pada tahun 1981.
"Apabila saya mengambil alih pada tahun 1981, semuanya ok, saya tidak perlu mengubah apa-apa, tetapi kali ini, saya perlu menyusun semula kerajaan," jelasnya.
Katanya, beberapa pegawai tertinggi kerajaan sebelum ini dilihat menyokong BN termasuk memakai baju gabungan parti itu semasa tempoh kempen pilihan raya umum ke-14.
"Kamu tahu, para eksekutif ini telah dilemahkan oleh Najib. Mereka bekerja untuk parti, bukan untuk saya, bukan untuk kerajaan, bukan untuk rakyat.
"Saya memerlukan orang yang saya boleh percaya. Saya mesti mengatakan bahawa sukar untuk mempercayai orang kerana kamu tidak tahu latar belakang mereka," katanya.
Mahathir juga mempersoalkan kesetiaan pegawai-pegawai kanan kerajaan ini dan mendakwa sesetengahnya cuba mengetepikan arahannya dalam tempoh tiga bulan sejak HARAPAN merampas Putrajaya.
"Semasa Najib, mereka menuruti dia seperti hamba. Dia memberitahu mereka untuk melakukan perkara-perkara jenayah, seperti yang dilakukannya dengan bekas peguam negara (Tan Sri Mohamed Apandi Ali).
"Dia menyembunyikan bukti dengan meletakkannya di bawah Akta Rahsia Rasmi 1972 (OSA). Kamu tidak boleh menyembunyikan bukti.
"Apabila Najib meminta mereka untuk menyembunyikan bukti, mereka berbuat demikian, maksudnya untuk mengatakan bahawa saya akan mempercayai orang ini, saya tidak boleh," kata Mahathir sambil menambah tindakan akan diambil terhadap penjawat-penjawat awam berkenaan.
Artikel sebelumnya
PRU14: Langkah satu logo tak menjadi di Pantai Timur, kata Dr M
Projek China: Kalau boleh batal, jika tak dapat kita tangguh
Dr Mahathir mahu 'Tembok Besar China Kuantan' diroboh
PM 'perah otak' fikir cara bayar hutang pembayar cukai
Mengapa Dr M tetap pertahan kereta nasional ketiga
Tiada ulasan:
Catat Ulasan