HALAMAN SANTAI

Jumaat, 3 Ogos 2018

JANJI KERAJAAN PH TIDAK BOLEH ‘PAKAI’ – KHAIRY




Kerajaan Pakatan Harapan (PH) merupakan ‘kerajaan kaji semula’ apabila ingin mengkaji semua janji dalam manifesto Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU-14).

Ahli Parlimen Rembau, Khairy Jamaluddin berkata, pendirian PH yang berdolak dalik menggambarkan kerajaan yang ada sekarang ini ‘tidak boleh pakai’ kerana menipu rakyat.

“Kita tanya janji pemansuhan Pinjaman Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) dia (menteri) cakap sedang kaji. Kita tanya tol, dia cakap sedang kaji.

“Pelik semua janji nak kaji. Sepatutnya kaji dahulu sebelum membuat janji, bulan lepas janji baru kaji.

“Mereka hanya ada tempoh yang pendek iaitu 100 hari untuk melunaskan janji. Jadi dalam PRK kali ini, rakyat diminta kaji semula undi PH,” katanya berucap pada ‘Ceramah Rakyat Janji Manismu’ di Taman Sri Andalas, malam Khamis.

Khairy berkata kerajaan sengaja memberi alasan hutang tinggi negara untuk tidak menunaikan janji manifesto PRU-14.

“Kerajaan PH sendiri mengakui banyak janji manifesto yang dibuat pada PRU-14 tidak bersandarkan kepada data yang tepat.

“PRK (Pilihan Raya Kecil) Sungai Kandis merupakan permulaan kepada kebangkitan suara rakyat yang kecewa menjadi mangsa penipuan PH,” katanya.

“Di Parlimen kita sudah ada suara pembangkang yang kuat sehingga wakil rakyat PH tergagap-gagap menjawab soalan. Sebab itu kita kena ada banyak suara di DUN Selangor,” katanya.


Tiada ulasan: