HALAMAN SANTAI

Jumaat, 10 Ogos 2018

Saya cuma bantah tol, bukan jalan raya, kata KM P Pinang


Chow Kon Yeow berkata penunjuk perasaan sudah salah faham bantahannya.
 
 
 



GEORGE TOWN: Ketua Menteri Chow Kon Yeow hari ini berkata kenyataannya tentang projek lebuhraya di Pulau Pinang pada 2002 ditujukan terhadap pengenaan tol oleh kerajaan persekutuan ketika itu.

Beliau selaku Ahli Parlimen pada masa itu menuntut jalan raya baharu di Pulau Pinang harus bebas tol dan dibina bila perlu atas saranan pakar.

Chow berkata pakar pengangkutan ketika itu mendapati cadangan Lebuhraya Lingkaran Luar Pulau Pinang (PORR) sia-sia kerana masalah kesesakan masih akan berlaku selepas 5 tahun.

Disebabkan itu beliau mahu kerajaan Pulau Pinang pada masa itu memaklumi penemuan pakar pengangkutan tetapi tiada jawapan diterimanya.

Oleh itu Chow dalam ucapan 2002 itu menuntut ketua menteri ketika itu, Tan Sri Koh Tsu Koon, meyangkal laporan pakar pengangkutan.

“Saya hanya bantah tol, bukannya jalan raya. Pada2008 saya pernah sokong usul kerajaan negeri menggesa perdana menteri bawa projek lebuh raya ke Pulau Pinang tapi bebas tol,” katanya pada sidang media di ruang legar Dewan Undangan Negeri hari ini.

Chow kemudian menunjukkan laporan media bertarikh 30 Julai 2008 di mana Dewan Undangan Negeri meluluskan usul menuntut kerajaan persekutuan segera meluluskan projek monorel bernilai RM2 bilion, projek PORR RM1 bilion dan projek naiktaraf Empangan Mengkuang bernilai RM1.2 bilion.

Beliau menyokong usul itu tetapi kerajaan hanya meluluskan projek naik taraf empangan.

Chow menjawab penunjuk perasaan yang membantah projek lebih raya Pan Island Link (PIL 1) yang melibatkan penggalian terowong melalui bukit-bukit.

Penunjuk perasaan berkata Chow kini sudah berubah kerana pada 2002 dia membantah PORR tetapi sekarang mahu meneruskan PIL 1.

Mereka mengedarkan petikan ucapan Chow yang mepertikaikan keberkesanan PORR.

Chow bagaimanapun membidas penunjuk perasaan sebagai “terpesong” daripada perkara sebenar kerana menggunakan kenyataan lama terhadapnya.

“Saya harap kumpulan ini betulkan fakta ini.”

LIHAT VIDEO DI SINI

Tiada ulasan: