Setiausaha Agung UMNO, Tan Sri Annuar Musa menyifatkan Barisan Nasional (BN) berjaya menyekat kemaraan Pakatan Harapan (PH) meskipun gagal merampas kerusi DUN Sungai Kandis.
Annuar berkata, keputusan Pilihan Raya Kecil (PRK) Sungai Kandis membuktikan BN telah berjaya menghalang PKR mencapai matlamat majoriti 10,000 undi seperti disasarkan.
Beliau berkata, BN berjaya mewujudkan ‘protest rakyat’ secara berkesan dengan rendahnya peratusan keluar mengundi
“PRK ini juga melahirkan tunas kerjasama kearah perpaduan ummah yang lebih padu,terutama melalui kerjasama awalan UMNO-PAS, kerjasama ini bakal merubah lanskap politik negara tidak lama lagi
“Statistik keputusan PRK Sungai Kandis cukup signifikan. Undi PKR telah berjaya di kurangkan sebanyak kira kira 8,500 atau hampir separuh dari yang di perolehi mereka dalam PRU lalu.Ini bermakna rakyat tidak berminat mempertahankan kerajaan PH yang indah khabar banding rupa.
“Protest rakyat kepada PH juga ditunjukkan melalui undi yg di beri kepasa pembangkang(BN), sebanyak 9,585.Mengabil kira kedua dua angka ini Ini bermakna hampir 20,000 pengundi menolak atau memprotest terhadap kerajaan PH,” kata Annuar dalam satu kenyataan.
Annuar berkata, BN menyertai PRK kali ini dengan serba kekurangan berikutan tekanan yg di kenakan kerajaan PH membeku semua akaun dan merampas dana PRU BN.
Katanya, jentera BN juga berkempen secara sederhana malah memutuskan tiada penglibatan BN negeri lain kecuali Selangor.
“Malah Presiden UMNO tidak pun turun padang berceramah ,berbanding PH turun dgn segala kekuatan kerajaan negeri dan persekutuan.Jentera PKR berbelanja mewah.
“Peratusan keluar mengundi ini adalah paling rendah dlm sejarah pilihan raya negara dengan peratusan tak sampai 50 peratus,mencacatkan demokrasi serta menggambarkan betapa rakyat muak dengan kerajaan PH yg telah menipu mereka.Malah ‘legitimacy’ wakil rakyat yang dipilih boleh dipertikai kerana beliau datang dari demokrasi yg cacat dan tempang itu
“Bagi BN ini satu kejayaan kerana berjaya menghalang PKR mencapai sasaran 10,000 majoriti,merendahkan sokongan kpd mereka sebanyak 50 peratus membangkit kesedaran majoriti majoriti rakyat menolak kerajaan PH.ini satu permulaan yang sangat memberangsangkan,” katanya.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan