HALAMAN SANTAI

Ahad, 5 Ogos 2018

KHALID CALON TERBAIK DUN SERI SETIA- PUAD




Bekas Menteri Besar Selangor, Tan Sri Khalid Ibrahim adalah calon yang tepat untuk mewakili pembangkang bertanding pada Pilihan Raya Kecil (PRK) DUN Seri Setia.

Bekas Ketua Pengarah Jabatan Hal Ehwal Khas (JASA), Datuk Dr Mohd Puad Zarkashi, PRK DUN Seri Setia boleh menjadi pentas terbaik untuk Khalid mendedahkan skandal pembelian Syarikat Pengeluar Air Sungai Selangor Sdn Bhd (SPLASH) dengan harga RM2.55 bilion oleh kerajaan negeri Selangor.

Mohd Puad berkata, sehari sebelum proses pembelian dilaksanakan Menteri Hal Ehwal Ekonomi, Datuk Seri Azmin Ali berdolak dalik apabila perkara itu dibangkitkan oleh Datuk Seri Najib Razak yang juga mantan Perdana Menteri.

“Isunya kenapa terlalu mahal? RM2.55 bilion jauh berbeza dengan harga dicadangkan bekas Menteri Besar Selangor, Tan Sri Khalid Ibrahim iaitu RM250 juta. Cukup jelas amalan “double standard” Kerajaan Pakatan Harapan (PH).

“Projek lain seperti MRT3 dan HSR ditangguh serta dikaji semula atas alasan kononnya mahal. Tetapi kenapa pembelian SPALSH yang mahal gila tidak ditangguh dan dikaji semula. Kenapa nampak terburu buru.

“Menurut The Straits Times lagi, Kerajaan Pusat akan bayar RM1.9 bilion manakala baki RM650 juta akan dibayar secara berperingkat selama sembilan tahun oleh pihak Pengurusan Air Selangor.

“Justeru memang wajar Khalid menjadi calon PAS dalam PRK DUN Seri Setia nanti. Khalid yang lebih memahaminya boleh menjadikan isu ini sebagai bahan kempen utama.

“Dan PRK DUN Seri Setia boleh menjadi medan kepada pihak pembangkang dapat melipat gandakan usaha untuk mendedahkan amalan double standard, gejala ketidak telusan dan budaya kronisme oleh Kerajaan PH,” katanya dalam satu kenyataan, Sabtu.

Sementara itu, Mohd Puad berkata satu lagi isu besar yang mana Pengerusi SPLASH ialah Tan Sri Wan Azmi Wan Hamzah menguasai saham SPLASH sebanyak 30 peratus yang merupakan kroni Tun Daim Zainuddin.

Mohd Puad berkata, apakah Daim sebagai Pengerusi Council of Eminent Person (CEP) mempengaruhi segala urus niaga sebegini cepat.

“Apakah Daim ambil peluang jadi Pengerusi CEP untuk tujuan ‘bisnes’, bukan bina Malaysia Baru dijanjikan?

“Apakah betul Wan Azmi adalah pengasas bersama Parti Peribumi Bersatu Malaysia (PPBM) yang dicipta Mahathir untuk hancurkan UMNO? Mana Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), tolonglah siasat,” katanya.


Tiada ulasan: