HALAMAN SANTAI

Jumaat, 3 Ogos 2018

TOL: JANJI HAPUS, KINI MAHU KAJI




Kerajaan Pakatan Harapan (PH) tidak dapat menghapuskan tol secara serentak kerana khuatir negara akan berdepan krisis kewangan jika ia dilakukan.

Ironinya, ia merupakan salah satu janji yang termaktub dalam manifesto PH dalam usaha menumbangkan kerajaan Barisan Nasional (BN) pada Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU14) lalu.

Bahkan, kerajaan BN yang dipimpin bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak sudah menjelaskan implikasinya dan berusaha memansuhkannya secara berperingkat.

Hari ini, pihak kerajaan PH pula mengulangi skrip yang sama selepas menyederai kesukaran untuk merealisasikan janji-janji manis itu.

Menteri Kerja Raya, Baru Bian, berkata kos keseluruhan pengambilalihan lebuh raya bertol dianggar RM400 bilion.

“Penghapusan tol secara serentak akan memberi kesan kepada kewangan kerajaan kerana kos keseluruhan pengambilalihan lebuh raya bertol mencecah RM400 bilion,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika menggulung perbahasan titah diraja bagi pihak kementerian di Dewan Rakyat, pada Khamis.

Mengenai janji manifesto PH menghapuskan tol, Baru berkata, kerajaan akan membuat kajian dan penelitian sebelum membuat keputusan.

“Kerajaan perlu menjaga kepentingan semua pihak termasuk pemegang konsensi, pelabur dan pemberi pinjaman.

“Justeru, semua isu berkaitan penghapusan tol dan implikasi serta jumlah tol akan dimuktamadkan selepas kita berbincang dan mendapat nasihat daripada agensi kerajaan berkaitan,” katanya.

Menjawab celahan Datuk Ahmad Maslan (BN-UMNO Pontian) supaya kerajaan menyenaraikan tol yang akan dihapuskan, Baru berkata, ia perlu dikaji.


Tiada ulasan: