HALAMAN SANTAI

Rabu, 17 Oktober 2018

Zahid bakal ditahan SPRM esok?

THE MALAYSIAN TIMES



KUALA LUMPUR: Bekas Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi diminta hadir esok di Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Putrajaya untuk diambil keterangan – buat kali keenam – berhubung siasatan kes seleweng dana sebuah yayasan.

Menurut sumber SPRM, Ahmad Zahid yang juga bekas Menteri Dalam Negeri, diminta hadir di bangunan SPRM itu pada 3 petang.

Ditanya mengenai spekulasi berhubung kemungkinan anggota Parlimen Bagan Datuk itu akan ditahan dan didakwa pada Jumaat ini, sumber itu enggan memberikan sebarang ulasan.

Ahmad Zahid diminta ke ibu pejabat SPRM tiga kali berturut-turut minggu lepas selepas berbuat demikian sebanyak dua kali pada Julai lepas.

SPRM kini menjalankan siasatan terhadap dana Yayasan Akal Budi milik keluarga Ahmad Zahid, yang juga pengerusi yayasan itu, yang ditubuhkan untuk menjalankan aktiviti amal.

Sementara itu, menurut Ahli Majlis Tertinggi UMNO, Datuk Lokman Noor Adam, Ahmad Zahid telah diberikan notis serah diri untuk ditahan tadi jam 1.45 ptg untuk menghadirkan diri ke Ibu Pejabat SPRM jam 3.00 ptg esok, 18hb Oktober, 2018 (Khamis) dan dijangka akan didakwa keesokkan harinya (Jumaat).

“Sehubung dengan itu, saya menyeru semua rakyat, khususnya Ahli-Ahli dan Kepimpinan UMNO untuk hadir sama sebagai tanda #Solidariti4PresidenUMNO jam 9.00 malam dihadapan Ibu Pejabat SPRM, Presint 7, Putrajaya dan jam 8.00 pagi di Mahkamah Syesyen Jalan Duta, Kuala Lumpur.

“Ayuh kita sama-sama hadir mempertahankan Presiden kita yang kini menjadi sasaran regim Zalim Mahathir DAP.

Jangan biarkan Presiden kita keseorangan! Korbankan hanya sehari untuk kita mempertahankan Maruah UMNO yang kini cuba dirobek oleh sang penguasa.

“Hadir untuk menyatakan sokongan secara aman bukan merupakan satu kesalahan, usah gentar untuk turun. Saya akan hadir pakai baju oren LOKAP SRPM. Terpulang kepada anda mahu pakai baju apa,” katanya dalam satu kenyataan.


Tiada ulasan: