Ketuanya, Datuk Dr Noraini Ahmad berkata, sayap Umno itu juga berharap, bekas Timbalan Perdana Menteri itu diberi hak dan peluang untuk membela diri dan mendapatkan keadilan sepenuhnya berdasarkan kepada prinsip rule of law.
”Selagi tidak disabitkan hukuman, Ahmad Zahid berhak dilayani sebagai seorang yang tidak bersalah berasaskan prinsip perundangan (presumption of innocence),” katanya dalam satu kenyataan awal pagi ini.
Semalam, SPRM dikatakan telah menyerahkan notis serah diri kepada Ahmad Zahid agar hadir ke ibu pejabat SPRM jam 3 petang ini.
[ARTIKEL BERKAITAN: Zahid mungkin didakwa Jumaat ini?]
Dalam pada itu, Ahli Majlis Tertinggi Umno, Datuk Lokman Noor Adam juga memaklumkan, Ahmad Zahid mungkin ada didakwa esok.
Tambah Noraini, “ini suatu ujian yang hebat untuk orang yang hebat.
”Wanita Umno mendoakan semoga ALLAH sentiasa mengurniakan kecekalan dan ketabahan kepada beliau dalam menghadapi ujian,” katanya.
Sementara itu, Noraini berkata, Wanita Umno akan terus menganjurkan solat hajat dan bacaan Yasin bertujuan memohon pertolongan ALLAH berhubung isu presiden Umno ini.
[ARTIKEL BERKAITAN: Zahid perjelas tujuh hal kepada SPRM]
Sebelum ini, Ahli Parlimen Bagan Datuk itu telah beberapa kali dipanggil memberikan keterangan kepada SPRM berhubung siasatan melibatkan perbelanjaan sebuah yayasan milik keluarganya.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan