KUALA LUMPUR- Hampir 75 peratus daripada 230,000 peserta Program
Pengurusan Kredit anjuran Agensi Kaunseling dan Pengurusan Kredit (
AKPK) berusia antara 30 hingga 50 tahun.
Menurut Ketua Pegawai Eksekutif AKPK, Azaddib Ngah Tasir, ini berlaku kerana seiring peningkatan usia, seseorang itu lebih komited terhadap pengurusan kewangan.
Hampir 85 peratus daripada peserta program tersebut pula berpendapatan di antara RM5,000 dan ke bawah.
“Pengurusan kewangan adalah satu kemahiran dan keazaman sendiri kerana tidak kira mereka datang dari kumpulan pendapatan yang mana, mereka boleh terbelenggu dengan hutang sekiranya tidak bijak menguruskan kewangan.
“Ada juga ramai yang berpendapatan di bawah RM5,000 dan memiliki kediaman sendiri tetapi tidak mempunyai masalah pengurusan kredit dan tidak memerlukan program seperti ini,” katanya semasa sidang media selepas melancarkan kempen Pay On Time di sini hari ini.
Kempen selama tiga bulan itu menggunakan platform media sosial bagi memberi kesedaran kepada orang ramai mengenai kesan negatif sekiranya lambat melunaskan hutang.
Kempen itu dilaksanakan dengan kerjasama Persatuan Bank-Bank Malaysia (ABM) dan Persatuan Bank-Bank Islam dan Institusi Kewangan Malaysia (AIBIM).
Mengikut statistik AKPK setakat September 2018, kebanyakan alasan peserta mengapa mereka menyertai Program Pengurusan Kredit adalah disebabkan perancangan kewangan yang lemah (40.4 peratus) diikuti peningkatan kos sara hidup (27 peratus), kegagalan atau kelembapan perniagaan (13.7 peratus), kehilangan pekerjaan/pencari rezeki tunggal (9.3 peratus), perbelanjaan perubatan yang tinggi (7.7 peratus),dan lain-lain (1.9 peratus).
Setakat September 2018, sebanyak 817,851 telah menyertai sesi kaunseling oleh AKPK dan daripada jumlah tersebut 243,699 telah memohon untuk menyertai Program Pengurusan Kredit.
Jumlah tersebut meningkat berbanding 683,169 kaunseling pada akhir 2017 dengan permohonan menyertai program adalah 210, 814.
“Ini kerana kami menyediakan pelbagai program outreach di seluruh negara. Tidak semua yang datang ke sesi kaunseling perlu menyertai program, ada yang sekadar mahu mendapatkan khidmat nasihat sahaja.
“Kami di sini cuba membantu supaya mereka tidak termasuk dalam golongan yang muflis,” katanya lagi.-MalaysiaGazette

Tiada ulasan:
Catat Ulasan